
Mahkamah Tinggi benarkan tulisan jawi diajar di sekolah Cina dan Tamil seluruh negara
GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak permohonan parti Gerakan supaya pembelajaran tulisan Jawi tidak diajar di sekolah Cina dan Tamil di seluruh negara.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Amarjit Serjit Singh dalam keputusannya berkata Jawi sebahagian daripada Bahasa Malaysia yang merupakan bahasa kebangsaan.
Beliau berkata pelaksanaan kelas Jawi tidak bertentangan dengan semangat Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Pada September lepas, Gerakan telah memfailkan saman terhadap kerajaan Pusat bagi mencabar keputusan kerajaan yang mahu melaksanakan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.
Gerakan yang memfailkan saman itu melalui Presidennya, Dominic Lau Hoe Chai menamakan Menteri Pendidikan Maszlee Malik, Timbalannya Teo Nie Ching dan kerajaan Persekutuan sebagai responden.
Gerakan diwakili peguam Tan Lee Kiat dan Mak Kah Keong.
Mak ketika dihubungi di sini semalam berkata jawatankuasa pusat Gerakan akan bermesyuarat untuk menentukan sama ada mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu. - Bernama
Artikel Menarik:
'Sedia bantu pelajar Tingkatan Empat buat pilihan pakej' - Guru kaunseling
Mulai tahun 2020, pakej mata pelajaran baharu bagi Tingkatan Empat dan Lima diperkenal KPM
Kejayaan boleh dicapai apabila pelajar diberi peluang lakukan apa yang diminati dan diinginkan
Pakej mata pelajaran tingkatan 4 tahun hadapan yang perlu guru tahu... pelajar mudah faham
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok