Teknik menyalin semula karangan memainkan peranan penting apatah lagi ia bukan sahaja mudah dilaksanakan, bahkan turut membentuk disiplin, fokus dan minat terhadap subjek Bahasa Melayu mahupun bahasa lain. Foto: Canva
Teknik menyalin semula karangan memainkan peranan penting apatah lagi ia bukan sahaja mudah dilaksanakan, bahkan turut membentuk disiplin, fokus dan minat terhadap subjek Bahasa Melayu mahupun bahasa lain. Foto: Canva

Manfaat menyalin semula karangan untuk murid. 'Nampak mudah, tapi berkesan!'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
04 Jul 2025 03:54pm

Teknik menyalin semula karangan mungkin kelihatan seperti satu latihan yang mudah dan biasa, namun hakikatnya ia menyimpan manfaat besar dalam membantu perkembangan kemahiran menulis anak-anak sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.

Di sinilah teknik menyalin semula karangan memainkan peranan penting apatah lagi ia bukan sahaja mudah dilaksanakan, bahkan turut membentuk disiplin, fokus dan minat terhadap subjek Bahasa Melayu mahupun bahasa lain.

Hari ini, Sinar Bestari kongsikan kelebihan teknik berkenaan dan bagaimana ia boleh membantu anak-anak menjadi penulis cekap dan berkeyakinan.

1) Menguatkan ingatan

  • Apabila anak-anak menyalin karangan, mereka mengulang perkataan dan ayat yang betul secara berulang kali. Ini membantu otak lebih mudah ingat struktur ayat dan kosa kata.

2) Meningkatkan perbendaharaan kata

  • Menyalin karangan memberi pendedahan kepada perkataan baharu, frasa menarik dan ayat bombastik yang boleh digunakan semula dalam karangan sendiri.

3) Membentuk struktur karangan yang mantap

  • Dengan menyalin karangan yang baik, anak-anak belajar susunan isi, ayat pendahuluan, isi dan penutup secara tidak langsung.

Foto: Canva
Foto: Canva

Artikel Berkaitan:

4) Melatih disiplin dan fokus

  • Latihan menyalin memerlukan konsentrasi, kesabaran dan ketekunan. Ini membantu membentuk sikap rajin dan teliti dalam penulisan.

5) Memperbaiki tulisan tangan

  • Sesuai untuk mereka yang tulisannya kurang kemas. Aktiviti menyalin berulang kali boleh membantu memperkemaskan tulisan tangan.

6) Idea segar untuk karangan sendiri (bonus)

  • Dengan menyalin karangan bermutu tinggi, anak-anak dapat inspirasi dan idea baru untuk karangan mereka sendiri nanti.

Foto: Canva
Foto: Canva

Kesimpulannya, memadai untuk anak-anak menyalin dua karangan sehari iaitu satu dalam Bahasa Melayu dan satu lagi dalam Bahasa Inggeris, sebagai latihan harian.

Apa yang lebih penting ialah konsisten. Jika dilakukan secara berterusan dan penuh disiplin, insya-ALLAH anda akan mula melihat peningkatan ketara dalam gaya penulisan dan penguasaan bahasa mereka.

Sumber: Facebook Koleksi Latihan Peperiksaan

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp