anugerah sekolah terbaik dunia
anugerah sekolah terbaik dunia

Membanggakan! 2 sekolah tersenarai dalam 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia

Adlan Farhan Azwan
10 Jun 2022 10:54am
A
A
A

Menjadi satu kebanggaan buat seluruh rakyat Malaysia apabila dua sekolah di negara ini telah berjaya tersenarai dalam kedudukan 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.

Dua sekolah yang melakar nama di peringkat antarabangsa itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di Kuantan, Pahang yang tercalon bagi kategori 'Inovasi' manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa di Klang, Selangor tercalon bagi kategori ‘Menangani Cabaran’.

Anugerah ini dilancarkan oleh sebuah organisasi peringkat global, T4 Education dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express yang menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai bernilai AS$250,000.

Menurut Pengasas T4 Education dan Anugerah Sekolah Terbaik Dunia, Vikas Pota, sekolah disenarai pendek itu dipilih menerusi penceritaan kisah inspirasi sekolah yang mengubah kehidupan murid, membawa perubahan sebenar kepada komuniti dan menjadi sekolah contoh kepada orang ramai.

“Saya mengucapkan tahniah kepada SK Kempadang dan SMK Kampong Jawa atas kejayaan disenarai pendek dalam 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia yang julung kali diadakan.

“Kini, pendidik di seluruh dunia akan dapat belajar dari sekolah Malaysia yang cemerlang ini,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Bagi setiap lima kategori Anugerah Sekolah Terbaik Dunia iaitu Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar, Inovasi, Menangani Cabaran dan Menyokong Kehidupan Sihat, tiga finalis terbaik akan dipilih.

Pemenang bagi setiap kategori yang akan diumum pada Minggu Pendidikan Dunia pada 16 hingga 21 Oktober depan akan menerima AS$50,000.

Artikel berkaitan

Murid berbakat ceburi pelbagai pertandingan, raih anugerah peringkat sekolah hingga kebangsaan

Rahsia 4 kali terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Pengorbanan selama 10 tahun sebagai pendidik, Dr Zahiraniza kini penerima Anugerah Akademik Negara


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok