277991443_5321087821244732_4177286585672264221_n
277991443_5321087821244732_4177286585672264221_n

Pengorbanan selama 10 tahun sebagai pendidik, Dr Zahiraniza kini penerima Anugerah Akademik Negara

Adlan Farhan Azwan
05 Apr 2022 09:19am
A
A
A

KUALA LUMPUR - Profesor Madya Dr Zahiraniza Mustaffa dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah meraih Anugerah Akademik Negara (AAN) bagi Kategori Pengajaran (Kelompok Kejuruteraan) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh UTP, anugerah tersebut telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ketika berlangsungnya Anugerah Akademik Negara ke-14 yang diadakan di Hotel Sama-Sama Sepang, Selangor baru-baru ini.

Zahiraniza berkata, beliau amat berbesar hati menerima anugerah berkenaan dan merakamkan penghargaan atas pengiktiraran daripada KPT itu.

“Anugerah ini sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi berterusan dalam bidang pengajaran sejak 10 tahun lepas.

“Saya bermula dari bawah dalam membangunkan kecemerlangan kerjaya saya dalam pengajaran, dan ia terus berkembang hingga ke tahap sekarang.

“Dengan anugerah ini, saya dapat berkongsi perjalanan pengajaran saya, dan ia akan didengari bukan sahaja dalam UTP, tetapi pada tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berkata kejayaan yang diraih olehnya tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan daripada Pengurusan UTP dan bahagian akademik.

UTP telah melatih saya dalam kerjaya dan pembangunan diri saya. Ia adalah institusi yang menyokong kakitangannya dalam pelbagai cara, justeru menjadi aspirasi saya untuk meletakkan UTP setanding dengan institusi lain dalam mengetengahkan usaha yang dilakukan oleh PETRONAS dan UTP dalam membangunkan umat manusia.

“Memenangi anugerah ini menyediakan platform untuk saya menyebarkan kepercayaan dan aspirasi pengajaran saya dalam mendidik generasi muda.

“Generasi ini menggambarkan pendidik mereka, sekali gus mendidik mereka dengan pendekatan pedagogi yang betul bukan sahaja menekankan kepada kecekapan teknikal, tetapi juga keupayaan untuk mereka berfikir secara rasional dalam membuat keputusan kejuruteraan,” jelasnya.

Artikel berkaitan

Menang Anugerah Siswa Johor Terbaik Keusahawanan, pelajar UTM kongsi rahsia kejayaan

Kueggen harumkan nama UM dan negara dalam sukan karate. Tahniah!

Membanggakan! 4 pelajar Malaysia diterima sambung pengajian ke Akademi Tentera AS


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok