Tunku Danny Nasaifuddin Mudzaffar bersama pasukan bola sepak lelaki Sekolah Fugee.
Tunku Danny Nasaifuddin Mudzaffar bersama pasukan bola sepak lelaki Sekolah Fugee.

microLEAP taja skuad bola sepak Sekolah Fugee untuk Faisal Cup 2024

MOHD ANAS BAHARUDIN
05 Jun 2024 06:07pm
A
A
A

microLeap dengan bangganya mengumumkan tajaan untuk pasukan bola sepak lelaki dan perempuan Sekolah Fugee bagi Faisal Cup 2024 sebagai motivasi membangkitkan semangat kanak-kanak pelarian.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengasas microLEAP, Tunku Danny Nasaifuddin Mudzaffar menyatakan kegirangannya semasa majlis penyerahan itu.

“Ia adalah tentang memberi peluang kepada bintang-bintang muda ini untuk bersinar baik dalam mahupun luar padang," kata beliau.

Tajaan itu merangkumi jersi bola sepak, seluar pendek, stokin, kasut dan sarung tangan penjaga gol, melengkapkan pasukan bola sepak Sekolah Fugee dengan peralatan yang mereka perlukan untuk bersaing sebaik mungkin.

microLEAP adalah platform pembiayaan P2P (Peer-to-Peer) utama Malaysia, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang mentakrifkan semula pembiayaan, menawarkan pilihan Islam dan konvensional serta memenuhi keperluan kewangan yang pelbagai.

Sekolah Fugee adalah organisasi bukan-keuntungan yang menyediakan peluang pendidikan dan pembangunan holistik untuk kanak-kanak pelarian di Kuala Lumpur, memberi mereka kemahiran akademik, kreatif serta kehidupan yang diperlukan untuk berjaya.

Untuk rekod, Faisal Cup merupakan kejohanan sukan diadakan buat kanak-kanak pelarian di Malaysia supaya mereka dapat merasai kebersamaan, ketahanan dan semangat kesukanan, peluang yang sukar didapati oleh kanak-kanak terpinggir seperti mereka.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok