Modul subjek Sejarah, Kesultanan Johor tarik minat empat negeri lain
Modul subjek Sejarah, Kesultanan Johor tarik minat empat negeri lain

Modul subjek Sejarah, Kesultanan Johor tarik minat empat negeri lain

webadmin
31 Dec 2020 02:59am
A
A
A

JOHOR BAHRU - Modul pembelajaran subjek sejarah negeri dan Kesultanan Johor yang dimulakan sejak awal tahun ini, berjaya menarik minat empat negeri lain untuk turut sama memperkenalkan modul serupa membabitkan negeri masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata, Johor merupakan negeri pertama melaksanakan modul pembelajaran itu bagi memperkasakan pengetahuan generasi muda tentang sejarah negeri dan kesultanannya.

“Pelaksanaan sukatan pelajaran ini dipantau oleh Kementerian Pendidikan dan tiada bantahan diterima berhubung pelaksanaannya. Malah, kementerian turut meminta supaya modul kita dijadikan contoh untuk dikembangkan kepada negeri-negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri Che Puan Khaleeda Bustamam mencemar duli melawat Sekolah Agama Taman Kota Masai, Pasir Gudang di sini.

Tosrin berkata, pembelajaran subjek sejarah negeri dan Kesultanan Johor itu melibatkan kira-kira 100,000 murid daripada darjah satu hingga tiga di kesemua sekolah agama seluruh negeri ini.

Terdahulu, Tunku Ismail bersama isteri meluangkan masa kira-kira sejam untuk meninjau proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah agama itu.

Lawatan juga bertujuan meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh pihak sekolah.

Taklimat sesi pengajaran dan pembelajaran disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Agama, Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Yosree Ikhsan.

Selain itu, baginda juga berkesempatan melihat bagaimana murid-murid istimewa dari Sekolah Agama Pendidikan Khas Johor Bahru dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth menjalani pembelajaran termasuk membaca al-Quran menggunakan Braille.

BERNAMA

Artikel menarik

Pertandingan deko impian guru, tema Inggeris jadi pilihan SMK Gemilang

'Syafiqah, maafkan cikgu. Andai waktu boleh diputar... - Cikgu Koreayati luah kekesalan


 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok