KHALED NORDIN-SINARBESTARI-2022
KHALED NORDIN-SINARBESTARI-2022

Mohamed Khaled Nordin Menteri Pendidikan Tinggi Kerajaan Perpaduan

nadzarul.amirnadzarul.amir
02 Dec 2022 09:08pm

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi dalam Kabinet diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebentar tadi.

Pelantikan Ahli Parlimen Kota Tinggi itu diumumkan Perdana Menteri pada sidang media khas di Putrajaya malam ini.

Anak kelahiran Muar itu pernah memegang jawatan Menteri Pengajian Tinggi bermula 2008 hingga 2013.

Beliau juga merupakan Menteri Besar Johor pada tahun 2013 hingga 2018.

Kariernya sebagai Ahli Parlimen bermula tahun 1990 apabila memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru selama tiga penggal berturut-turut sehingga beralih ke kerusi Parlimen Pasir Gudang yang baharu dibentuk hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Artikel berkaitan

Malaysia kongsi inisiatif pengajian tinggi pasca pandemik di persidangan antarabangsa ASAIHL

Pasangan kembar teruja lanjut pengajian bersama di UMK

Ini 13 senarai IPTA/S yang tawar pengajian doktor pergigian


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp