Kit program transisi tahun satu PTTS KPM 21 mac
Kit program transisi tahun satu PTTS KPM 21 mac

Mulai 21 Mac, semua murid Tahun Satu bakal jalani transisi 4 minggu

Rasyidah Zulkifi
10 Mar 2022 07:58am
A
A
A

PUTRAJAYA - Semua murid Tahun Satu sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran (KPM) bakal menjalani Program Transisi Tahun Satu 2.0 (PTTS 2.0) mulai kalendar akademik sesi 2022/2023, 21 Mac ini.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Datin Nor Zamani Abdol Hamid, PTTS 2.0 dijadualkan berlangsung selama empat minggu melalui Surat Siaran Bilangan 1 Tahun 2022.

Baca juga

Murid prasekolah teruja Iron Man datang sekolah. Kejutan yang menjadi!

Ibu bapa atau penjaga, ini tarikh penting bagi semakan penempatan Tahun Satu KPM bagi sesi 2022/2023. Penting!

Keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Profesional KPM Bilangan 6 Tahun 2022 yang diadakan pada 22 Februari lepas.

“Ini setelah mengambil kira murid prasekolah telah mengikuti pembelajaran selama dua bulan pada tahun 2022 berikutan pelanjutan sesi persekolahan tahun 2021.

“PTTS 2.0 dilaksanakan bagi murid Tahun Satu mulai minggu pertama sesi baharu persekolahan.

“Tempoh ini dimanfaatkan bagi memastikan murid bersedia sepenuhnya untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dari segi jasmani, sosioemosi dan tahap penguasaan kognitif,” katanya.

Jelasnya lagi, pelaksanaan PTTS 2.0 bagi tempoh empat minggu akan meliputi aspek fasa penyesuaian dan fasa kesediaan.

Selain itu, Garis Panduan Pelaksanaan dan kit PTTS 2.0 juga disertakan bersama-sama surat siaran bertujuan memberi panduan kepada pihak sekolah.

Ketiga-tiga ini boleh dimuat turun menerusi laman web KPM di pautan https://www.moe.gov.my/pekeliling.

Menurut Zamani, dengan berkuat kuasa surat siaran baru itu, maka, Surat Siaran Pelaksanaan Program Transisi dan Guru Penyayang bertarikh 4 Disember 2006 adalah dibatalkan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Program PTTS 2.0 dianjurkan bagi menyesuaikan dan meyakinkan murid Tahun Satu di alam sekolah rendah.

Ini kerana sejak wabak Covid-19 melanda negara, mereka yang dahulu prasekolah kerap menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan banyak keciciran pelajaran.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok