Yasmine (kiri, atas) ketika diraikan di sekolahnya kerana cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Gambar kanan, Fadhlina berada di Paris bagi menghadiri Minggu Pembelajaran Digital 2024 di Ibu Pejabat UNESCO.
Yasmine (kiri, atas) ketika diraikan di sekolahnya kerana cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Gambar kanan, Fadhlina berada di Paris bagi menghadiri Minggu Pembelajaran Digital 2024 di Ibu Pejabat UNESCO.

'Mummy minta maaf, Yasmine'! Fadhlina sebak tidak dapat hadir raikan kejayaan anak di sekolah

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
11 Sep 2024 04:25pm

Tanggungjawab sebagai menteri memerlukan pengorbanan yang besar termasuklah keterbatasan masa bersama keluarga.

Mereka (menteri) sering kali terpaksa meninggalkan keluarga untuk menghadiri mesyuarat, lawatan kerja dan sebagainya demi masa depan pendidikan negara.

Inilah dilalui Fadhlina Sidek selaku Menteri Pendidikan yang berkongsi perasaan sedihnya kerana tidak dapat menghadiri dan meraikan kejayaan anak bongsu, Yasmine yang cemerlang dalam pelajaran.

Beliau yang berada di Paris (ketika itu) atas urusan kerja iaitu menghadiri Minggu Pembelajaran Digital 2024 di Ibu Pejabat UNESCO, memuat naik luahan hatinya di akaun Facebook, awal September lalu dengan tajuk catatan ‘Mummy minta maaf’.

Tulis Fadhlina, ketika menerima gambar Yasmine yang mendapat penghargaan subjek Bahasa Inggeris, dirinya menatap gambar anaknya dengan penuh kehibaan.

No Image Caption

“Ketika itu, saya berada jauh beribu batu (di Paris), menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja. Dipisahkan dengan lautan gelora dan beberapa benua malah pusingan masa yang berbeda.

“Anak ini tenang naik ke pentas untuk meraikan kejayaan yang saya pasti dia akan mengulang cerita ini tiga hari tiga malam,” catatnya.

Artikel Berkaitan:

Sambung hantaran itu, kecil atau besar kejayaan anak-anak, ia tetap satu kejayaan. Mesti diraikan sebagai penghargaan kerana tidak sedikit usaha mereka dalam memastikan kejayaan yang diraih.

"Saya teringat kehebatan anak-anak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang membuat persembahan Human Graphic semasa Hari Kebangsaan.

"Betapa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan penghargaan yang cukup besar kepada mereka dan saya pastilah yang paling bangga melihat kejayaan persembahan anak-anak ini.

No Image Caption

"Namun, tidak semua masa kita dapat bersama anak-anak. Adakalanya kita perlu berjauhan untuk terus menghargai mereka. Tetapi kelebihan menjadi ibu, sentiasa kepada doanya. Doa ibu adalah pelindung anak-anak,” ujarnya.

Fadhlina yang masih bersedih kerana tidak bersama Yasmine di sekolah, sekali lagi memohon maaf kepada anaknya menerusi catatan sama.

"Ya, mummy minta maaf Yasmine, kerana mummy tidak dapat bersama meraikan Yasmine. Tetapi mummy tidak pernah putus berdoa untuk semua anak-anak mummy termasuk anak-anak KPM di mana sahaja mummy berada.

"Ketika saya rasa sangat sukar untuk bangkit berjuang untuk anak-anak KPM, Yasmine akan sentiasa mengingatkan saya dengan kata-kata; ‘Mummy, if you have a good heart, ALLAH will definitely will help you. And mummy, you have a good heart. You will do great things, when you have a good heart. Don't worry mummy, there will be good people,with good heart around you. They will help you mummy. Because you love the people mummy. And they love you’. Beginilah Yasmine berkata kepada saya jika dia nampak saya kelelahan,” maklum Fadhlina.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp