Murid dibenar tidak memakai seragam sekolah mulai 1 Mac hingga 26 Mac depan
Murid dibenar tidak memakai seragam sekolah mulai 1 Mac hingga 26 Mac depan

Murid dibenar tidak memakai seragam sekolah mulai 1 Mac hingga 26 Mac depan

webadmin
24 Feb 2021 08:25am
A
A
A

PUTRAJAYA - Murid yang belum mempunyai pakaian seragam sekolah diberi kebenaran memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan untuk hadir ke sekolah, kata Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurut kenyataan tersebut, kebenaran ini diberi mulai 1 Mac sehingga 26 Mac, iaitu sehingga cuti pertengahan penggal persekolahan 2021.

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983: Pakaian Seragam Murid-Murid sekolah, murid perlu memakai pakaian seragam sekolah untuk hadir ke sekolah, namun ia mengambil kira keadaan semasa kebenaran itu diberikan.

Menurutnya perkara itu diputuskan susulan banyak pertanyaan daripada ibu bapa mengenai peraturan pemakaian pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan dibuka kelak.

KPM berharap kebenaran ini akan membolehkan semua murid kembali hadir ke sekolah bagi mengikuti pembelajaran secara bersemuka. KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.  

Pada 19 Februari lepas, KPM mengumumkan tarikh pembukaan sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Mac ini.

Terdahulu, sesi persekolahan bagi murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua akan bermula 1 Mac manakala murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam dibenarkan hadir ke sekolah pada 8 Mac depan.

Bagi pelajar sekolah menengah kategori kumpulan A iaitu di Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah pula akan bermula pada 4 April diikuti 5 April membabitkan kumpulan B bagi negeri lain.

Selain itu, kolej vokasional bagi Sijil dan Diploma Vokasional Malaysia Tahun 1 (Semester dua) juga dibenarkan beroperasi pada 1 Mac manakala sekolah antarabangsa serta pusat tuisyen bermula 8 Mac.

Artikel menarik

PdPR lebih kreatif dan menyeronokkan, guru ini muat naik video pembelajaran di YouTube, TikTok

4 teknik ‘pikat hati’ pelajar minat subjek Sains, guru-guru boleh cuba nanti!



 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok