KPM
KPM

Murid padat: KPM laksana penyuraian ke sekolah berdekatan

AZLEENDA SAHALUDIN
15 Mar 2024 10:37am
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan penyuraian murid Tahun Satu ke beberapa buah sekolah berdekatan sebagai penyelesaian jangka pendek terhadap isu kepadatan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya, Selangor.

Tidak hanya itu, KPM juga meluluskan pembinaan kabin 12 buah bilik darjah tambahan di sekolah berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, beberapa langkah jangka panjang turut dirancang bagi mengatasi isu ini seperti yang dilaporkan media.

“Bagi penyelesaian jangka panjang, SK Cyberjaya (2) yang dibida dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) RP3 (tahun 2023) telah mendapat kelulusan dan kini berada dalam proses perolehan.

“Sekolah baru ini bakal dilengkapi dengan 36 bilik darjah dan kemudahan-kemudahan lain mengikut konsep reka dan bina bagi mempercepatkan proses pembinaan yang dijangka siap pembinaannya pada 2028,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, bagi mengatasi isu kepada murid di Cyberjaya KPM turut merancang menerusi pembinaan sekolah menengah Baharu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cyberjaya (2) yang akan dimohon dalam (RMK-13) RP1 Tahun 2026 pada tahun ini.

Manakala, perolehan tanah bagi pembinaan SK Cyberjaya (3) pula akan dimohon dalam RMKe-13 RP2 Tahun 2027 pada tahun 2025.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok