no image

'Murid prasekolah pun faham' - Hanya bimbing di grup WhatsApp, cikgu ini hasilkan video COVID 19

webadmin
30 Dec 2020 07:45am
A
A
A

BIMBANG dengan penularan wabak yang semakin COVID 19 ditambah dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan, guru Prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Pandan Indah, Kuala Lumpur, Ahmad Iznan Yusoff mengambil inisiatif membuat video bagi memberi pesanan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Menariknya, video berdurasi 2 minit 13 saat dihasilkan daripada perbincangan menerusi grup WhatsApp bersama ibu bapa pada hari pertama PKP dilaksanakan.

Menurut Cikgu Ahmad Iznan, pada awalnya beliau ingin semua murid kelasnya turut serta dalam pembikinan video itu tetap hanya tujuh ibu bapa yang memberi maklum balas.

"Rakaman sebenarnya diadakan di rumah masing-masing dan dilakukan oleh ibu bapa mereka.

"Saya hanya beri format, shot yang bagaimana diperlukan dan skrip, selain itu saya juga membimbing ibu bapa agar mendapatkan ekspresi muka yang bersesuaian dengan skrip masing-masing," katanya.

Tujuan beliau ialah ingin menarik perhatian rakyat Malaysia bahawa murid prasekolah juga faham dengan apa yang berlaku sekarang.

"Dengan cara ini, kanak-kanak seusia akan lebih faham mengenai wabak COVID 19 apabila disampaikanoleh rakan seusia mereka.

"Selain itu, memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa murid prasekolah pun faham dengan arahan kerajaan supaya menjaga kebersihan diri dan duduk diam-diam di rumah," katanya.

Inilah bukti kerjasama erat guru dan ibu bapa yang harus dibarakan dalam institusi pendidikan kini.

Artikel menarik:

Cikgu takkan menyesal guna cara ini tarik minat murid lemah belajar

Menarik betul program keselamatan jalan raya SMK Tun Abang Haji Openg - Ada lima program semuanya

12 muka surat nota ringkas Matematik UPSR Cikgu Nana

Cikgu Samuel ketengahkan kemenjadian murid orang asli ke peringkat antarabangsa

11 nota asas Matematik yang wajib dan sepatutnya murid tahap dua kuasai

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok