IMG_83501
IMG_83501

Murid sekolah tidak perlu diasingkan sekiranya tidak divaksin - PIBGN

Adlan Farhan Azwan
09 Feb 2022 04:55pm
A
A
A

SHAH ALAM - Murid sekolah yang tidak divaksin tidak perlu diasingkan kepada dua kumpulan kerana kanak-kanak masih mempunyai sistem imuniti yang tersendiri dan berkemungkinan boleh menahan jangkitan Covid-19.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Dr Mohamad Ali Hassan berpendapat bahawa kajian mendalam tentang keberkesanan pengasingan murid yang sudah dan belum menerima vaksin perlu dilakukan.

"Persoalan sama ada mereka patut diasingkan atau pun tidak bukan sahaja menjadi tanda tanya kepada kanak-kanak, malahan golongan pelajar dewasa juga.

Baca juga

KKM buka PPV Sekolah selewatnya 14 Februari ini

Tiada kesan sampingan serius pengambilan vaksin dalam kalangan pelajar sekolah

“Sudah ada cadangan bahawa langkah terbaik adalah dengan melakukan pengasingan seperti dilakukan terhadap ibu bapa tidak divaksin yang dilarang hadir ke sekolah,” katanya ketika siaran langsung Wacana X Sinar Bestari, pada Selasa.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam, Datuk Azizi Abd Hamid.

Dalam pada itu, Azizi berkata, pihaknya sentiasa menambah baik prosedur operasi standard (SOP) di sekolah dengan mengadakan perbincangan bersama guru besar.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Saya sempat melontarkan pandangan tentang keberkesanan kit ujian kendiri yang dilakukan di sekolah pada bulan lepas dan mencadangkan agar ia dibuat di rumah dengan pengawasan ibu bapa atau penjaga.

“Kaedah ini lebih relevan kerana jika murid itu didapati positif, ia sudah terlambat berikutan murid tersebut sudah didedahkan dengan rakan-rakan mereka semasa di dalam van untuk ke sekolah atau ketika berada di sekolah itu sendiri.

“Alhamdulillah cadangan tersebut disambut baik oleh KPM dan ia sudah dimulakan sehingga ke hari ini,” jelasnya.

Beliau juga berharap agar kerajaan dapat memberi penerangan yang jitu dan jelas berkaitan hala tuju vaksin kepada orang ramai.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok