12 murid Tadika Cerdik Cahaya dirai dalam majlis gilang gemilang, Selasa lalu. Gambar kanan: Amirah Najwa
12 murid Tadika Cerdik Cahaya dirai dalam majlis gilang gemilang, Selasa lalu. Gambar kanan: Amirah Najwa

Murid tadika dirai dalam majlis graduasi

ROSHLAWATY MD RAIEH
02 Feb 2024 12:59pm
A
A
A

Kumpulan murid berusia enam tahun dari Tadika Cerdik Cahaya diraikan dalam majlis graduasi di Dewan Koperasi Rapat Setia, Ipoh, Perak, Selasa lalu.

Seramai 12 murid yang terlibat dalam majlis yang bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka susulan telah menamatkan pembelajaran di tadika.

Penolong Pegawai (Pendidikan Swasta), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Utara, Ipoh, Perak, Amirah Najwa Mohd Abu Hanipah berkata, majlis seumpama ini wajar diadakan setiap tahun dalam memupuk semangat daya saing, jati diri, berani, berketrampilan dan bertanggungjawab dalam kalangan murid.

“Secara simbolik, majlis ini cukup bermakna kerana telah mengiktiraf kanak-kanak atas pencapaian dan usaha keras mereka sepanjang mengikuti pembelajaran di tadika.

“Malah, ia juga menjadi sumber motivasi buat mereka untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik selepas ini,” jelasnya.

Terdahulu, majlis graduasi Tadika Cerdik Cahaya dihadiri guru, ibu bapa dan murid-murid dari tadika tersebut.

Beberapa aktiviti menarik seperti persembahan tarian diadakan bagi menghiburkan para hadirin.

Diharapkan majlis graduasi sebegini dapat menjadi pendorong semangat kepada graduan kanak-kanak untuk mencapai lebih banyak pencapaian akan datang.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok