Kerana 'suka bercuti', Cikgu Gan dirai dalam majlis persaraan bertemakan  percutian dan lapangan terbang.
Kerana 'suka bercuti', Cikgu Gan dirai dalam majlis persaraan bertemakan percutian dan lapangan terbang.

Cikgu Gan dirai dalam majlis unik

ROSHLAWATY MD RAIEH
05 Feb 2024 12:08pm
A
A
A

Keunikan majlis persaraan guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (SJKC) Kuang Hwa, Kuantan, Pahang, Cikgu Gan menjadi bualan ramai apabila mengetengahkan tema percutian dan lapangan terbang dalam majlis tersebut.

Difahamkan, tema sedemikian dipilih kerana guru besar mereka mempunyai hobi ‘suka bercuti’.

Rakaman video oleh rumoh.kome di aplikasi TikTok menunjukkan suasana seperti di lapangan terbang dengan dekorasi kaunter tiket, pasport dan tiket penerbangan untuk penumpang pada majlis bersejarah berkenaan.

Turut kelihatan, pemeriksaan keselamatan dan papan tanda bertulis ‘check in’ (daftar masuk).

Seterusnya, majlis diserikan dengan barisan guru yang sepakat memakai kostum pramugara dan pramugari termasuklah juruterbang membawa bagasi berjalan masuk ke dewan.

Turut diselitkan simulasi dan taklimat pemakaian jaket dan pemberian makanan yang dibawa atas troli kendalian murid-murid SJKC Kuang Hwa.

Majlis bertambah meriah apabila Cikgu Gan dirai menerusi gimik ‘berlepas ke udara’ dengan menaiki kren pengangkat (skylift) yang dihiasi belon berwarna-warni.

Memang unik dan lain daripada yang lain!

Artikel Berkaitan:

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa teruja terhadap majlis persaraan yang jarang dibuat.

NAS: Hebat majlis persaraan guru besar ni! Rindunya Kuang Hwa! Sekolah rendahku. Harap suatu hari nanti dapat tukar ngajo kat sini.

KIIRUSII: SJKC memang selalu terbaik. Parent tak berkira.

S.A: Akhirnya ada juga orang buat lain dari lain. Kalau tak, asyik tema kawin je bila majlis persaraan.

Mami rey: Dahsyat. Hebat cecikgu dia.

Caer: SJKC memang dana power ok. Tu je nak cakap

AimiDhiya@AA: Terus rasa nak pindah ke SJKC

Hairdryer_101 to dry hair: Gempak mat idea ni

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok