Sepanjang tempoh kepimpinan beliau, pelbagai inisiatif dan pencapaian nasional telah direkodkan, sekali gus mencorakkan landskap pembangunan Malaysia pada era tersebut. Foto: Facebook Najib Razak
Sepanjang tempoh kepimpinan beliau, pelbagai inisiatif dan pencapaian nasional telah direkodkan, sekali gus mencorakkan landskap pembangunan Malaysia pada era tersebut. Foto: Facebook Najib Razak

Najib Razak, graduan Universiti Nottingham dalam bidang Ekonomi Industri!

26 Dec 2025 04:13pm

Bekas Perdana Menteri Malaysia Keenam, Datuk Seri Najib Razak, merupakan antara tokoh politik yang cukup dikenali dalam sejarah pentadbiran negara.

Sepanjang tempoh kepimpinan beliau, pelbagai inisiatif dan pencapaian nasional telah direkodkan, sekali gus mencorakkan landskap pembangunan Malaysia pada era tersebut.

Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Bukit Bius, Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.

Tun Abdul Razak, yang juga Perdana Menteri Malaysia Kedua, dikenang sebagai 'Bapa Pembangunan Malaysia' atas sumbangan besar beliau dalam memajukan pembangunan luar bandar serta memperkukuh asas kemajuan negara.

Pada kesempatan ini, Sinar Bestari berkongsi latar belakang pendidikan Najib yang membentuk perjalanan awal beliau sebelum terlibat dalam politik.

1) Pendidikan rendah dan menengah: Beliau bersekolah di Institusi St John, Kuala Lumpur

2) Pendidikan menengah atas: Melanjutkan pelajaran di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England

3) Pendidikan tinggi: Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri, Universiti Nottingham, England pada tahun 1974

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bekas Perdana Menteri Malaysia Keenam, Datuk Seri Najib Razak, merupakan antara tokoh politik yang cukup dikenali dalam sejarah pentadbiran negara
  • Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Bukit Bius, Kuala Lipis, Pahang
  • Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah
  • Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Kedua, dikenang sebagai 'Bapa Pembangunan Malaysia'
  • Najib menerima pendidikan tinggi di Universiti Nottingham, England, memperoleh Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri pada tahun 1974
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp