Calon-calon SPM memasuki dewan bagi menduduki peperiksaan pada hari pertama SPM ketika tinjauan fotoBernama di Dewan Sek Men Keb (SMK) Dong pada Khamis. (Foto: Bernama)
Calon-calon SPM memasuki dewan bagi menduduki peperiksaan pada hari pertama SPM ketika tinjauan fotoBernama di Dewan Sek Men Keb (SMK) Dong pada Khamis. (Foto: Bernama)

Pahang taja makanan tengah hari calon SPM 2024

NORAWAZNI YUSOFNORAWAZNI YUSOF
02 Jan 2025 09:52am

Kerajaan Negeri Pahang telah mengambil inisiatif untuk menaja makan tengah hari kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di negeri ini, kecuali mereka yang tinggal di asrama.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah ini diambil sebagai tanda sokongan kita kepada anak-anak Pahang yang sedang berjuang demi masa depan mereka.

"Saya turut dimaklumkan bahawa YB (Yang Berhormat) Menteri Pendidikan amat menghargai inisiatif ini dan turut menyampaikan ucapan terima kasih serta salam kepada kita semua di negeri Pahang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Foto: Bernama
Foto: Bernama

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM yang akan menduduki ujian bertulis bermula hari ini Januari hingga 6 Februari depan.

Tambah Wan Rosdy, semoga anak-anak semua diberi ketenangan, kekuatan, dan kebijaksanaan sepanjang menghadapi peperiksaan ini.

"Marilah kita semua berdoa semoga semua calon SPM dapat menduduki peperiksaan dengan tenang serta diberi kesihatan yang baik.

"Usaha dan doa adalah kunci kejayaan anak-anak semua," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp