Tangkap layar rakaman video beberapa murid Tabika Kemas di Jalan Hulu Klang, Ampang berdiri di atas meja selepas lokasi itu dilanda banjir pada Selasa.
Tangkap layar rakaman video beberapa murid Tabika Kemas di Jalan Hulu Klang, Ampang berdiri di atas meja selepas lokasi itu dilanda banjir pada Selasa.

Pasukan bomba berjaya selamatkan 21 murid tabika terperangkap banjir

MUHAMMAD AFHAM RAMLIMUHAMMAD AFHAM RAMLI
15 Oct 2024 12:40pm

Tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan 21 murid Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dalam kejadian banjir di Jalan Hulu Klang, Batu 8, Gombak pada Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 10.28 pagi.

Tangkap layar rakaman video beberapa murid Tabika Kemas di Jalan Hulu Klang, Ampang berdiri di atas meja selepas lokasi itu dilanda banjir pada Selasa.
Tangkap layar rakaman video beberapa murid Tabika Kemas di Jalan Hulu Klang, Ampang berdiri di atas meja selepas lokasi itu dilanda banjir pada Selasa.

Katanya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sampai di lokasi mendapati lokasi empat rumah dan satu Tabika Kemas telah terjejas banjir.

"Bomba telah mengarahkan penghuni rumah untuk pindah ke balai penghulu, manakala 21 pelajar Tabika Kemas telah diserahkan kepada ibu bapa masing-masing," maklumnya dalam kenyataan.

Tambahnya, turut terdapat empat guru di premis Tabika berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp