Pelajar 15 tahun raih 4 ijazah dalam masa 2 tahun
Seorang pelajar dari Amerika Syarikat (AS), Jack Rico berjaya memperoleh empat ijazah bersekutu dalam masa dua tahun.
Rico anak kelahiran California mendapat ijazah dalam bidang Sains Sosial, Tingkah Laku Sosial, Penumpuan Sejarah, Seni dan Ekspresi Manusia sebelum berusia 13 tahun.
Baca juga:
93 pelajar cemerlang dapat tajaan biasiswa TNB
Pada usia 11 tahun, Rico mendapat tawaran program lonjakan digelar K-12 dari Kolej Fullerton.
Kemudian, dia menduduki peperiksaan dan mendapat markah tertinggi sehingga melayakkannya mendapat penempatan dalam kursus peringkat kolej.
Pada usia 15 tahun pula, Rico berjaya menamatkan ijazah kelimanya dari Universiti Nevada dalam pengkhususan Sarjana Muda Sejarah dengan purata nilai gred (GPA) sebanyak 3.78.
Dalam masa empat tahun, Rico menggemparkan dunia apabila dia berjaya memiliki lima ijazah sarjana muda pada usia remaja.
Menurutnya, dia sangat meminati kelima-lima ijazah yang diambilnya.
“Jadi saya belajar sesuatu yang berbeza dalam setiap kelas kerana sebahagian daripada kelas tersebut adalah berkaitan sejarah dan filem,” katanya.
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok
Terdahulu, Rico menjalani pembelajaran di rumah bersama ibunya, Ru Andrade selama empat tahun. Selepas itu, wanita terbabit berdepan cabaran untuk mengajar sesuatu yang baharu kepada anaknya.
Sumber: Relevan
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok