Seorang pelajar ditemukan meninggal dunia di asrama sebuah kolej swasta di Chukai pada Isnin. Gambar hiasan
Seorang pelajar ditemukan meninggal dunia di asrama sebuah kolej swasta di Chukai pada Isnin. Gambar hiasan

Pelajar ditemukan meninggal dunia di asrama kolej

NURFARDLINA IZZATI MOKTARNURFARDLINA IZZATI MOKTAR
04 Nov 2024 10:36pm

KEMAMAN - Seorang pelajar lelaki ditemukan meninggal dunia dalam asrama di sebuah kolej swasta di Chukai di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia 20 tahun yang berasal dari Selangor itu pada jam 5.41 pagi.

"Mangsa tinggal sebilik bersama tiga lagi rakan ditemukan tidak sedarkan diri oleh rakan sebiliknya pada jam 5 pagi.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman untuk urusan bedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Mengulas lanjut, Hanyan berkata, berdasarkan rekod kesihatan mendapati mangsa tidak mengalami sebarang penyakit.

Beliau berkata, setakat ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp