Kejayaan Azri Asyraf dalam pengajian jadi inspirasi anak-anak muda.
Kejayaan Azri Asyraf dalam pengajian jadi inspirasi anak-anak muda.

Pelajar GrEP tamat pengajian master di Illinois. 'Beliau telah banggakan negara'

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
12 Sep 2024 03:32pm
A
A
A

Pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di bawah Program Graduan Cemerlang (GrEP) berjaya menamatkan pengajian peringkat Master in Public Policy di The University of Chicago, Illinois pada semester Spring 2024.

Difahamkan, pelajar dikenali Azri Asyraf Shaharuddin telah menerima tajaan GrEP di Harris School of Public Policy, The University of Chicago yang merupakan antara policy analysis school terbaik di Amerika Syarikat.

MARA USA dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, Azri Asyraf merupakan pelajar yang tidak mudah berputus asa walaupun sentiasa berhadapan cabaran.

Beliau juga cukup berpengalaman dan pakar dalam bidang yang diceburi.

"Azri Asyraf pernah menjadi Pengurus, Risk & Governance di PwC Consulting Malaysia selama lapan tahun sekali gus menjadikannya seorang yang matang dan sentiasa dahaga dalam menimba sesuatu yang baharu.

"Kerana kepakaran dan pengalaman itu, pelajar ini telah ditawarkan bekerja sebagai Graduate Assistant dengan Student Recruitment & Global Outreach team,” kata kenyataan itu.

Tambah hantaran itu lagi, Azri Asyraf telah membantu pelbagai perkara berkaitan institusi itu antaranya mengaturkan perjumpaan MARA USA dengan Harris School untuk sama-sama berbincang dan melihat peluang-peluang kolaborasi.

Paling menarik, kajian tahun akhir beliau yang berkaitan polisi turut digunakan dalam Inspector General Office, The City of Chicago untuk disesuaikan dan diaplikasikan dalam Jabatan Audit Negara Malaysia.

Melihatkan kejayaan dan kepakaran Azri Asyraf, kami di Sinar Bestari mendoakan semoga anda terus berjaya dan mencipta lebih banyak kejayaan kelak.

Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook melahirkan kekaguman mereka dengan kejayaan Azri Asyraf.

Sabasiah Husin: Semoga terus cemerlang lagi di masa depan.

Arave Zack: Alhamdulillah tahniah. Terbaik Saudara Azri Asyraf!

Estella Roman: Tahniah.

Mohamad: Beliau telah banggakan negara.

Nor Suraya: Kecemerlangan ini adalah hasil daripada komitmen, disiplin dan semangat juang yang tinggi.

Borhan: Syabas diucapkan atas kecemerlangan anda yang luar biasa dan usaha gigih.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok