Pelajar lelaki Maahad Tahfiz An-Nur hilang! Polis mohon bantuan kesan Muhammad Firdaus
Pelajar lelaki berusia 15 tahun dari Maahad Tahfiz An-Nur (MATAN), Puchong, Selangor dilaporkan hilang selepas keluar dari pusat pendidikan itu Ahad lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, pihaknya (IPD Subang Jaya) telah menerima laporan berhubung kehilangan remaja, Muhammad Firdaus Abdullah kira-kira pukul 11.52 pagi Isnin.
"Kali terakhir pelajar ini dilihat keluar dari MATAN adalah pada jam 4.10 petang pada Ahad.
"Butiran fizikal remaja berkenaan antaranya berketinggian 155 sentimeter, berat 50 kilogram, berkulit gelap, bermata hitam dan berambut pendek," katanya dalam kenyataan media.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Inspektor Norhapizah Zulkapli di talian 017-234 0141 atau 03-7862 7222 untuk membantu siasatan.