Rohan berada di lokasi pelajar ditemukan maut di sebuah kolej di Lahad Datu.
Rohan berada di lokasi pelajar ditemukan maut di sebuah kolej di Lahad Datu.

Pelajar maut dipercayai dipukul

ASYIKIN ASMIN
23 Mar 2024 01:29pm
A
A
A

LAHAD DATU - Seorang pelajar lelaki ditemui maut dipercayai akibat dipukul dalam kejadian di sebuah kolej di daerah ini pada Jumaat.

Mangsa berusia 17 tahun yang juga penghuni asrama kolej tersebut ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 6.50 pagi sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Polis, Dr Rohan Shah Ahmad berkata, laporan polis dibuat oleh pengarah kolej tersebut membabitkan pelajarnya yang maut.

Menurutnya, bertindak atas laporan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dikejar ke lokasi kejadian.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku di bangunan tingkat asrama lelaki dan mayat mangsa terbaring di atas lantai bilik asrama tersebut.

"Pemeriksaan lanjut terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa. Pihak polis telah mengenal pasti punca kejadian adalah disebabkan perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni asrama yang lain," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Rohan berkata, mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

"Pihak kita juga telah menahan seramai 13 pelajar lelaki berusia 16 hingga 19 tahun dan seramai tujuh saksi bebas telah dikesan bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, satu rampasan dibuat membabitkan alat pengecas telefon bimbit yang dipercayai berkait dengan siasatan kes ini," katanya.

Bagaimanapun, Rohan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dalam kes ini dan pihak polis masih menjalankan siasatan secara terperinci daripada pelbagai sudut secara telus.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok