KRISMAS-TARANA-SINARBESTARI-2022
KRISMAS-TARANA-SINARBESTARI-2022

Pelajar sekolah pendidikan khas dirai sempena Krismas

nadzarul.amir
29 Dec 2022 04:52pm
A
A
A

Krismas antara perayaan yang memberi peluang kepada ahli keluarga dan sahabat handai berkumpul bagi merakam momen indah masing-masing.

Ini tidak terkecuali bagi sekolah pendidikan khas Taarana School (Taraana) yang mengumpulkan para pelajar dan ahli keluarga mereka, bersama-sama meraikan perayaan Krismas baru-baru ini.

Menurut Pengetuanya, Dr. Sunita Sivakumaran, program tersebut dianjurkan bertujuan menggalakkan ibu bapa mengambil bahagian bersama-sama para pelajar dalam aktivti berkumpulan berkaitan Krismas seperti mengait stoking dan menghias dewan.

“Ini merupakan salah satu cara bagi memastikan para pelajar menunjukkan potensi dan peningkatan dalam pendidikan mereka.

“Melalui program ini, ibu bapa, para pelajar dan warga sekolah dapat berkerjasama secara proaktif sekali gus menterjemah pembelajaran di sekolah malah boleh dipraktikkan apabila pulang ke rumah kelak,” katanya.

Sekolah Taarana yang terletak di SS3, Kelana Jaya, Selangor, telah ditubuhkan pada 2011 oleh Yayasan Raise Yourself to Help Mankind (RYTHM) bagi memenuhi keperluan untuk sumber dan sokongan kepada kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas.

Ia berfungsi memperkasa para pelajar berusia empat hingga 18 tahun yang menghadapi masalah dengan korikulum sekolah biasa disebabkan perkembangan akademik, sosial dan penyesuaian mereka yang perlahan.

Sekolah tersebut menawarkan terapi seperti pertuturan, tarian, pergerakan, yoga, pekerjaan dan tingkah laku.

Dr. Sunita berharap di bawah kepimpinan kerajaan baharu dapat memastikan sekolah pendidikan khas mendapat sokongan kemudahan yang kondusif supaya sesuai sesi pengajaran dan pembelajaran di bawah kategori tersebut.

“Pelajar pendidikan khas mungkin tidak dapat meningkat dari segi akademik tetapi penting bagi mereka membesar menjadi individu yang dapat berdikari dengan melakukan aktiviti harian.

“Justeru, kami memerlukan lebih banyak kelengkapan alat bantuan sesuai dengan keperluan para pelajar supaya dapat menerap pembelajaran mengurus kehidupan seharian dengan lebih teratur dan berkesan,” katanya.

Artikel berkaitan

Pendidikan inklusif beri peluang murid pendidikan khas terus berdaya saing

Teknik mudah penghasilan karya seni visual untuk murid berkeperluan pendidikan khas

Kecemerlangan Cikgu Sarina dalam pendidikan khas, kebanggaan buat SK Antara Gapi


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok