sk-antara-gapi
sk-antara-gapi

Kecemerlangan Cikgu Sarina dalam pendidikan khas, kebanggaan buat SK Antara Gapi

Adlan Farhan Azwan
06 Sep 2022 04:50pm
A
A
A

Kecemerlangan Guru Besar, Sekolah Kebangsaan (SK) Antara Gapi, Serendah, Selangor, Cikgu Sarina Shaari dalam pendidikan khas telah menjadi satu kebanggan buat sekolah itu.

Ia dibuktikan menerusi kejayaannya sebagai penceramah Bengkel Pemantapan PLC-C Dalam Usaha Memacu Peningkatan Peratus Program Pendidikan Inklusif dan Pemerkasaan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah Kepada Pemegang Taruh anjuran Panitia Pendidikan Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Selangor Tahun 2022.

Selain itu, beliau juga menjadi penceramah untuk Program Pemerkasaan Pemimpin Sekolah Dalam Pendidikan Inklusif Tahun 2021 Peringkat Kebangsaan.

Dalam pada itu, Program Pendidikan Khas SK Antara Gapi berjaya dinobatkan Naib Johan Pertandingan Professional Learning Community Center (PLC-C), Program Pendidikan Khas Inklusif Terbaik Peringkat Negeri Selangor Tahun 2021 yang diadakan secara dalam talian.

Secara tidak langsung, kejayaan ini telah menjadi taruhan SK Antara Gapi dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Sumbangan dan jasa Cikgu Sarina diteruskan lagi dengan pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).

Hasil bimbingan beliau, guru-guru SK Antara Gapi berjaya memainkan peranan penting dalam memupuk semangat dan nilai murni dalam diri murid-murid bagi mengelakkan diri mereka daripada terjerumus dalam najis dadah.

Kecemerlangan sekolah ini turut hadir menerusi muridnya, Adyana Nafiesya Ady Rizalman apabila menjadi johan untuk dua pertandingan Puisi Melayu iaitu e-Deklamasi Syair Tahun 2021 Peringkat Daerah Hulu Selangor dan Syarahan Bahasa Melayu Peringkat Daerah Hulu Selangor 2021 di bawah kategori Perempuan.

Secara keseluruhannya, diharapkan agar warga SK Antara Gapi dapat meneruskan usaha mereka ke arah kecemerlangan dan seterusnya memberi impak positif terhadap kemenjadian murid.

Artikel berkaitan

Kecemerlangan murid SK Pendidikan Khas Miri cerminan penglibatan aktif ibu bapa dan komuniti

Persekitaran kondusif sumbang ke arah kecemerlangan SK Kuala Jenderis

Kelengkapan pembelajaran digital SJKC Yuk Choi bantu murid-murid sepanjang PdPR


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan