Smartboard Arvia bersaiz 65 inci yang bernilai RM8,500 akan diberikan secara percuma kepada pemenang menerusi Pertandingan Sekolahku Popular. Gambar kecil, Ahmad Najib.
Smartboard Arvia bersaiz 65 inci yang bernilai RM8,500 akan diberikan secara percuma kepada pemenang menerusi Pertandingan Sekolahku Popular. Gambar kecil, Ahmad Najib.

Peluang rebut Smartboard Arvia berharga RM8,500

ROSHLAWATY MD RAIEH
23 Aug 2023 01:38pm
A
A
A

Sebuah papan pintar interaktif atau lebih sinonim dengan panggilan smartboard bakal menjadi rebutan ramai pada Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 September ini.

Smartboard Arvia bersaiz 65 inci yang bernilai RM8,500 tajaan Israk Solutions Sdn Bhd iaitu penyedia terkemuka teknologi papan pintar Arvia akan diberikan secara percuma kepada pemenang menerusi Pertandingan Sekolahku Popular.

Menurut Pengarah Urusan Israk Solutions Sdn Bhd, Ahmad Najib Habeb, Smartboard Arvia itu sesuai digunakan di institusi pendidikan termasuk tadika, sekolah rendah dan juga sekolah menengah.

“Terdapat pelbagai kelebihan Smartboard Arvia sekiranya digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah antaranya ia dilengkapi dengan sistem operasi Android terbaharu iaitu Android 12; teknologi sentuhan yang sangat canggih melalui teknologi zero bonding; skrin peranti direka khas dengan teknologi anti silau dan mempunyai perisian anotasi secara percuma.

“Smartboard Arvia ini juga memiliki fungsi khas yang membolehkan pengguna berkongsi skrin peranti secara wireless sehingga sembilan peranti pada satu masa dan sangat berguna untuk aktiviti berkumpulan, kolaborasi dan mesyuarat,” ujarnya.

Smartboard Arvia ini akan dihadiahkan kepada sekolah yang menghantar penyertaan paling banyak ke karnival pendidikan terbesar di Selangor tersebut.

Warga sekolah paling ramai hadir akan memenangi Pertandingan Sekolahku Popular sekali gus membawa pulang papan pintar interaktif.

Paling istimewa, setiap pelajar yang hadir ke karnival akan menerima sijil peringkat negeri dan mendapat markah penyertaan yang akan dimasukkan dalam sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Artikel Berkaitan:

Tambah Ahmad Najib, pemenang bertuah yang berjaya memenangi Smartboard Arvia itu disaran menggunakan sebaik mungkin peranti tersebut untuk PdP di sekolah dan hal-hal berkaitan dunia pendidikan.

"Sekiranya ada dalam kalangan guru-guru yang tidak mahir menggunakan Smartboard Arvia, mereka boleh sertai program latihan kami iaitu Arvia Certified Educator (ACE) yang diadakan secara berkala.

“ACE direka khusus untuk memberi peluang kepada pendidik untuk belajar, mengalami dan mengaplikasikan penggunaan alat bantu mengajar terutama penggunaan papan pintar interaktif.

“Jadi, cikgu-cikgu boleh rebut peluang tersebut dengan menyertai ACE di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor,” ujarnya.

Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang berlangsung selama tiga hari bakal menampilkan pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik kepada para pengunjung.

Antara pertandingan yang diadakan ialah kawad kaki, tarian, bola keranjang, koir, dikir barat, Sinar Bestari Got Talent, E-Sukan, pidato, cerpen, crossword puzzle, bicara berirama, bercerita Sirah Nabi, robotik, penglipur lara, Kids Quran Hour, Doodle Something Nice, explorefun dan banyak lagi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok