Fadhlina
Fadhlina

Pengumuman penting KPM! 19 April cuti tambahan sekolah sempena Aidilfitri

ROSHLAWATY MD RAIEH
11 Apr 2023 01:24pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan 19 April sebagai cuti tambahan sekolah sempena Aidilfitri.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, cuti tambahan itu adalah untuk memudahkan urusan guru, murid dan ibu bapa untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

“KPM bersetuju untuk memberikan cuti tambahan pada 19 April ini atau Rabu untuk negeri di kumpulan A dan B," katanya selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah KPM pada Selasa.

Sebelum ini, Sinar Bestari melaporkan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon KPM memberikan cuti khas kepada guru pada 19 April menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, cuti khas berkenaan dianggap satu keperluan dengan mengambil kira jangkaan satu Syawal berkemungkinan jatuh pada 21 April iaitu awal sehari berbanding tarikh yang ditetapkan.

"NUTP berharap tarikh cuti Aidilfitri di buat bermula 19 April bagi membolehkan guru-guru dan semua lapisan masyarakat yang mempunyai anak di sekolah mempunyai masa selama dua hari merentas negeri bagi tujuan balik kampung untuk beraya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok