Selain diadakan pelbagai pertandingan, murid-murid dan belia juga berpeluang bermain di reruai yang menyediakan pelbagai aktiviti dan hadiah.
Selain diadakan pelbagai pertandingan, murid-murid dan belia juga berpeluang bermain di reruai yang menyediakan pelbagai aktiviti dan hadiah.

Pentas pembelajaran dunia sebenar

Karnival Siang Malam Karangkraf asah sahsiah dan bakat pelajar

NURBAYA ABDUL REZAKNURBAYA ABDUL REZAK
16 Jun 2025 02:16pm

Dalam usaha memupuk pembelajaran holistik di luar bilik darjah, Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 tampil sebagai platform pendidikan terbuka yang menyatukan elemen akademik, seni, sukan dan keusahawanan khas buat murid serta belia.

Acara yang berlangsung dari 25 hingga 27 Julai 2025 di pekarangan Karangkraf di sini, dijangka menghimpunkan lebih 100,000 pengunjung dengan pengisian program yang sarat nilai pendidikan dan pembangunan sahsiah.

Menariknya, pelbagai aktiviti anjuran sekolah seperti Smartlympic, bicara berirama, dikir barat, robotik, choral speaking dan fesyen kreatif kitar semula dijadikan medan ekspresi pelajar mengetengahkan bakat serta kemahiran insaniah yang penting dalam dunia masa kini.

Mewujudkan suasana ‘belajar sambil bergembira’, karnival ini mengetengahkan Hari Kantin, Sekolahku Meriah dan ruang koperasi pelajar yang memberi pengalaman sebenar dalam pengurusan perniagaan serta keusahawanan muda.

Sementara itu, pendekatan ini bertujuan menjadikan karnival sebagai ‘kelas terbuka’ di mana pelajar bukan hanya mempamerkan hasil kerja mereka, malah belajar secara langsung melalui interaksi, kerjasama dan pengalaman komuniti.

Ia juga menjadi pentas mendekatkan pelajar dengan dunia sebenar kelak.

Selain diadakan pelbagai pertandingan, murid-murid dan belia juga berpeluang bermain di reruai yang menyediakan pelbagai aktiviti dan hadiah.
Selain diadakan pelbagai pertandingan, murid-murid dan belia juga berpeluang bermain di reruai yang menyediakan pelbagai aktiviti dan hadiah.

Para pelajar secara tidak langsung belajar berkomunikasi, merancang, menyelesaikan masalah dan berfikir secara kreatif.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, aktiviti sampingan seperti bola sepak jalanan 3v3, busking jiwa muda, fun fair, rewang dan night parade turut memberi ruang kepada remaja mengasah semangat kepimpinan, kerja berpasukan dan nilai budaya.

Karnival ini jelas bukan sekadar acara hiburan tetapi satu ekosistem pendidikan komuniti yang meraikan potensi anak muda.

Di sinilah bakat ditemui, jati diri dibina dan pembelajaran berlangsung tanpa batas.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp