Penyusunan semula kurikulum akibat Covid-19 bantu pulih PdP murid
Penyusunan semula kurikulum akibat Covid-19 bantu pulih PdP murid

Penyusunan semula kurikulum akibat Covid-19, bantu pulih PdP murid

Rasyidah Zulkifi
08 Mar 2022 07:03pm
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan penjajaran pelaksanaan kurikulum persekolahan bagi sesi 2022/2023 akibat wabak Covid-19 telah berkuat kuasa mulai semalam.

Keputusan itu dibuat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Datin Nor Zamani Abdol Hamid melalui Surat Siaran KPM Bilangan 2 Tahun 2022.

Baca juga

PdPR: Ke manakah hala tuju pembentukan nilai pelajar sekarang? Dr Mohd Syaubari beri pandangan ini

Senarai lengkap tajuk subjek Sains Tingkatan 5 2021 KSSM yang baharu, calon SPM boleh mula belajar

Menurutnya, inisiatif tersebut dilakukan bagi menyediakan garis panduan kepada guru-guru untuk mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Zamani berkata, pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KPSK), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah dilakukan pada tahun 2017.

“Namun, apabila pandemik Covid-19 tercetus pada tahun 2020, KPM telah menyediakan Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) yang telah dijajarkan dengan KPSK, KSSR dan KSSM.

“DPK yang berfokus kepada kandungan asas, pelengkap dan tambahan turut dijadikan sebagai rujukan dalam pelaksanaan PdPR dan program KPMPerkasaKU.

KPMPerkasaKU merupakan sebuah program yang dianjurkan bagi memberi fokus menyeluruh kepada murid-murid untuk memulihkan tahap pembelajaran mereka.

“Selaras dengan pengoperasian institusi pendidikan mengikut kalendar akademik sesi 2022/2023 memutuskan supaya pelaksanaan ketiga-tiga kurikulum kembali menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sepenuhnya,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok 

Penjajaran kandungan kurikulum pendidikan tersebut dibuat bagi semua peringkat sekolah melibatkan penyusunan semula pentaksiran, pedagogi dan penyusunan semula kandungan mengikut hasil pembelajaran yang diinginkan.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok