
Permohonan ke Sekolah Khusus & MRSM 2026 kini dibuka! Mohon sekarang sebelum tarikh tutup
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi akademik tahun 2026 telah dibuka bermula 1 Ogos hingga 7 September 2025.
Permohonan ini melibatkan murid yang ingin melanjutkan pengajian ke Tingkatan Satu, Tingkatan Empat dan Tahun Satu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) ke Sekolah Khusus yang terdiri dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).
Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan mengikut peringkat kemasukan:
1) Tingkatan Satu Sekolah Khusus: https://spskt1.moe.gov.my
2) Tingkatan Empat Sekolah Khusus: https://spskt4.moe.gov.my
3) Manakala, permohonan murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM boleh memohon melalui https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm
Ibu bapa dan penjaga diminta memastikan maklumat permohonan diisi dengan tepat dan lengkap bagi melancarkan proses tapisan serta penempatan pelajar kelak.
Sementara itu, pemohon dinasihatkan untuk peka dengan beberapa tarikh penting yang telah ditetapkan berkaitan proses kemasukan ke Sekolah Khusus.
1) Tarikh semakan pusat Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
- 12 September hingga 17 Oktober 2025
2) Tarikh PKSK Tingkatan Empat
- 22 September hingga 3 Oktober 2025
3) Tarikh PKSK Tingkatan Satu
- 6 Oktober hingga 17 Oktober 2025
Sinar Bestari mendoakan agar proses permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus dan MRSM bagi Sesi 2026 berjalan lancar buat semua murid dan ibu bapa.
Selamat maju jaya kepada semua calon!