Ibu bapa disarankan menyediakan kelengkapan sekolah secukupnya sebelum sesi persekolahan baharu bermula. Kredit foto: Facebook Fadhlina Sidek
Ibu bapa disarankan menyediakan kelengkapan sekolah secukupnya sebelum sesi persekolahan baharu bermula. Kredit foto: Facebook Fadhlina Sidek

Persiapan ibu bapa menjelang pembukaan sekolah 11 & 12 Januari!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
02 Jan 2026 11:41am

Sesi persekolahan baharu bakal bermula tidak lama lagi dengan 11 Januari bagi Kumpulan A dan 12 Januari bagi Kumpulan B.

Bagi memastikan anak-anak memulakan hari pertama sekolah dengan lebih yakin dan teratur, persediaan awal oleh ibu bapa adalah amat penting.

Berikut 10 tip ringkas yang boleh dijadikan panduan tanpa membebankan rutin harian.

1) Semak jadual sekolah anak

Pastikan tarikh, masa kehadiran dan kelas anak sudah diketahui lebih awal.

2) Sediakan kelengkapan sekolah secukupnya

Buku, alat tulis dan beg sekolah perlu lengkap supaya tidak kelam-kabut di saat akhir.

3) Pastikan pakaian seragam bersih dan kemas

Artikel Berkaitan:

Cuba pakaikan lebih awal untuk elak masalah saiz atau kekurangan.

Kredit foto: Bernama
Kredit foto: Bernama

4) Susun jadual tidur anak

Biasakan tidur awal sekurang-kurangnya seminggu sebelum sekolah bermula.

5) Bincang rutin harian dengan anak

Terangkan waktu bangun, ke sekolah dan pulang supaya anak lebih bersedia.

6) Sediakan bekalan makanan sihat

Rancang menu ringkas dan berkhasiat untuk tenaga sepanjang hari.

7) Semak keperluan tambahan sekolah

Termasuk yuran, buku aktiviti atau keperluan kokurikulum.

8) Berikan sokongan emosi kepada anak

Tenangkan anak yang mungkin berasa gementar terutama pelajar baharu.

9) Kenal pasti laluan ke sekolah

Pastikan perjalanan lebih lancar dan tahu anggaran masa sebenar.

10) Tanam sikap positif tentang sekolah

Galakkan anak melihat sekolah sebagai tempat belajar dan berkawan.

Sebagai makluman, Kumpulan A melibatkan sekolah-sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Manakala Kumpulan B pula merangkumi sekolah-sekolah di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. 

 

 

Ringkasan AI

  • Sesi persekolahan baharu akan bermula pada 11 Januari untuk Kumpulan A dan 12 Januari untuk Kumpulan B
  • Persediaan awal oleh ibu bapa penting untuk memastikan anak yakin dan teratur pada hari pertama sekolah
  • Memastikan kelengkapan sekolah seperti buku, alat tulis, dan seragam sekolah disediakan awal
  • Mengatur jadual tidur anak agar biasa tidur awal sebelum sekolah bermula
  • Membincangkan rutin harian sekolah dengan anak untuk persediaan mental dan emosi mereka
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp