Pertama kali UTeM tersenarai dalam penarafan THE Impact Ranking, ini nekad warga universiti itu
Pertama kali UTeM tersenarai dalam penarafan THE Impact Ranking, ini nekad warga universiti itu

Pertama kali UTeM tersenarai dalam penarafan THE Impact Ranking, ini nekad warga universiti itu

Azliyana Sulaiman
23 Apr 2021 03:37am
A
A
A

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila pertama kali disenaraikan dalam penarafan Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2021 peringkat global.

Pencapaian kedudukan berprestij senarai universiti terbaik dalam menjayakan kelestarian dunia ini telah diumumkan baru-baru ini berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dalam THE Impact Rankings 2021.

THE Impact Rankings 2021 ini merupakan satu-satunya jadual pengukuran prestasi global yang menilai aktiviti universiti-universiti seluruh dunia selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Buat pertama kalinya penyertaan UTeM dan terus mendapat pengiktirafan apabila telah disenaraikan pada kedudukan tangga 801-1000 daripada keseluruhan universiti terlibat di peringkat antarabangsa.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, pencapaian terbaru ini mengukuhkan kedudukan UTeM sebagai antara institusi terbaik di dunia dalam menyelesaikan cabaran terbesar umat manusia pada masa kini.

Jelas beliau, penarafan Kedudukan THE Impact Rankings 2021 ini berteraskan kepada penilaian yang berfokus kepada 4 bidang utama sesebuah universiti merangkumi penyelidikan, pengawasan, jangkauan dan pengajaran terhadap 17 fokus SDG.

“UTeM telah berjaya menyerlah dalam 4 komponen SDG seperti SDG 6 (Clean Water and Sanitation), SDG 7 ( Affordable and Clean Energy), SDG 13 (Climate Action) dan SDG 17 (Partnerships for The Goals),” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Katanya, pihak UTeM di segenap peringkat juga akan terus bergiat aktif melaksanakan inisiatif-inisiatif baharu menambah baik kedudukan ini bagi tahun dan masa akan datang.

Mengulas lanjut beliau berkata, penarafan ini juga diharap turut memantapkan lagi jentera pengurusan universiti terutama dalam aspek mendepani sebarang cabaran kini dan mendatang.

Artikel menarik

6 tip sahur ini bantu kekal bertenaga sepanjang hari, guru dan pelajar boleh cuba nanti

Kompaun sekolah tidak wajar, aniaya guru dan pentadbir



 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok