HomeBuletinPertandingan Mural Sekolah Saya Faber-Castell warnai kempen Kembali Ke Sekolah

Pertandingan Mural Sekolah Saya Faber-Castell warnai kempen Kembali Ke Sekolah

Faber-Castell Malaysia menjadikan musim cuti dan juga kembali ke sekolah lebih menarik dengan menganjurkan ‘Pertandingan Mural Sekolah Saya’ di samping melancarkan beberapa produk baharu yang inovatif bersempena dengan kempen ‘Kembali Ke Sekolah’ 2020/2021.

Pertandingan mural bertemakan “Bumi Kita, Rumah Kita” merupakan salah satu inisiatif Kembali Ke Sekolah Faber-Castell dalam mempromosikan kelestarian alam melalui seni, pada masa sama membolehkan pelajar menyerikan dan menceriakan sekolah mereka.

Pertandingan tersebut terbuka kepada semua pelajar di Lembah Klang yang berumur di antara 7 hingga 18 tahun. Dua rekaan mural terbaik akan direalisasikan di sekolah kedua-dua pemenang tersebut dengan bantuan beberapa artis mural Malaysia.

Peserta perlu memuat-naik salinan imbas rekaan mural dan menghantar melalui emel ke [email protected] dengan tajuk subjek “Entry  Submission – My School Mural Competition” sebelum 28 Februari 2021.

Selain pertandingan tersebut, beberapa  produk inovatif terbaharu yang berkualiti tinggi  daripada Faber-Castell turut diperkenalkan.

Murid-murid  boleh mengisi masa cuti dengan pelbagai produk Faber-Castell seperti Modelling Dough yang di dalamnya terdapat warna Neon dan Glitter selain warna-warna asas,  Perfect Body Crayon dan Magic Touch Hair Colour.  Produk baharu ini direka dengan ciri, bentuk dan warna yang menambah keseronokan murid-murid mewarna.

Untuk tema Castle Heroes, Bernard dan Cassandra dari Castle Heroes pula, kini mempunyai dua lagi watak iaitu Talia si burung berdendang dan Drake si naga bijak, yang ditampilkan dalam set sekolah Castle Heroes 2020/2021.

Set ini merangkumi pensel warna, pensel mekanikal, pensel grafit hitam, pembaris, pemadam dan helaian aktiviti.

Menurut Ketua Pemasaran Faber-Castell Malaysia, Annee Koh  berkata, kempen ‘Kembali Ke Sekolah’ 2020/2021 kali ini menampilkan produk baharu berkualiti tinggi yang dilancarkan untuk kanak-kanak semua peringkat umur dari prasekolah sehingga sekolah menengah.

“Kami sentiasa menaik tarafkan produk sedia ada di samping mencipta produk baharu agar dapat menghasilkan alat tulis dan peralatan seni Iukis yang dapat membantu murid-murid  memupuk kreativiti mereka,” katanya.

Bagi  kanak-kanak kecil berusia tiga hingga empat tahun, Faber-Castell Malaysia memperkenalkan Early Age Crayon yang direka dengan bentuk yang unik, tidak mudah patah, selamat dan bersesuaian dengan genggaman mereka.

Manakala untuk pelajar sekolah rendah,  terdapat pelbagai jenis produk baharu iaitu Wheat Straw Scissors dengan pemegang yang diperbuat daripada jerami gandum yang mesra alam, Apollo Mechanical Pencil dengan laras ergonomik dan hujung pensel yang menyerap tekanan agar selesa digunakan untuk jangka masa lama,  Click Box Sharpener anti-bocor dan juga set cat poster cepat kering yang berwarna ceria.

Terdapat juga  Black Edition SuperSoft Lead Colour Pencils yang menghasilkan warna yang cemerlang di atas kertas hitam atau putih, Textliner 46 Metallic merupakan pen penyerlah unggul dengan kemasan metalik dan juga pen K-one yang trendy padan dengan pelajar sekolah menengah.

Sementara Pen RX Gel Colour pula merupakan produk baharu yang sesuai untuk aktiviti peta minda dan mengambil nota secara kreatif kerana pilihan warnanya yang menyerlah dan terang.