Fadhlina (tiga dari kanan) ketika merasmikan pelancaran Takwin Kejohanan MSSM 2023 di Putrajaya hari ini.
Fadhlina (tiga dari kanan) ketika merasmikan pelancaran Takwin Kejohanan MSSM 2023 di Putrajaya hari ini.

Peruntukan perbelanjaan termasuk penyelenggaran untuk sekolah tidak dikurangkan

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
15 Mar 2023 10:17pm
A
A
A

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi jaminan peruntukan perbelanjaan bagi sektor pendidikan dalam Belanjawan 2023 termasuk penyelenggaraan untuk sekolah tidak akan dikurangkan.

Beliau berkata, keutamaan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam Belanjawan 2023 ialah sekolah-sekolah daif.

“Tidak akan dikurangkan tetapi dari semasa ke semasa formula kita ialah kepada keperluan sekolah.

“Keutamaan KPM dalam Belanjawan 2023 ialah sekolah daif yang akan diberi keutamaan dahulu kemudian peruntukan penyelenggaraan macam biasa tiada pengurangan sebab hendak memastikan sekolah selamat, selesa dan akhirnya pendidikan berkualiti,” katanya kepada media selepas melancarkan Takwin Kejohanan MSSM 2023 di sini, hari ini,

Sektor pendidikan negara terus diberi tumpuan dalam Belanjawan 2023 dengan peruntukan dana tertinggi iaitu sebanyak RM55.2 bilion berbanding RM52.6 bilion pada 2022.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok