Perdana Menteri melihat buku sewaktu melawat tapak pameran pada Majlis Perasmian Seminar Fikrah Siddiq Fadzil 'Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia' di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka pada Selasa. Kredit foto: Bernama
Perdana Menteri melihat buku sewaktu melawat tapak pameran pada Majlis Perasmian Seminar Fikrah Siddiq Fadzil 'Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia' di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka pada Selasa. Kredit foto: Bernama

Pesanan Anwar 'jangan lupakan ilmu bahasa dan sastera'

31 May 2023 03:28pm
A
A
A

Dalam era yang dikuasai digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI), aspek ketamadunan seperti ilmu bahasa dan sastera tidak harus dilupakan kerana ia merupakan kekuatan nilai dan akhlak sesebuah masyarakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara juga tidak boleh berkembang tanpa pembinaan tamadun.

“Kita kan manusia. Manusiawi itu tidak mampu dibentuk dengan hanya kerangka teknologi digitalisasi, ia dibentuk dengan pembangunan bangsa dan budaya.

“Dalam mengangkat martabat bangsa, ya ekonomi masih asas penting. Tetapi kita bicara soal kalau (pembangunan) karamah insaniah tentulah pada ilmu, akhlak dan budaya,” katanya dalam ucaptama semasa merasmikan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur pada Selasa.

Pada majlis yang membincangkan tajuk ‘Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia’, Anwar berkata, wacana ilmiah seumpamanya harus diperluaskan bagi membina tamadun dan mengangkat martabat masyarakat Malaysia Madani.

Hadir sama ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Seri Dr Awang Sariyan.

Dalam ucaptamanya, Perdana Menteri menyifatkan Allahyarham Datuk Dr Siddiq Fadzil sebagai seorang yang sangat mementingkan keperluan islah serta pemikiran baharu dalam kalangan masyarakat Melayu yang dinamik dan progresif.

“Dalam antara pertemuan akhir saya sebelum beliau sakit, beliau kata; “Anwar kita kena pusing sekali lagi dan bicara soal Melayu dan Islam, kefahaman yang lebih progresif, merujuk kepada keperluan pembaharuan.

Artikel Berkaitan:

“Beliau ada menulis memberikan rangka-rangka bagaimana kita boleh melatih anak-anak muda supaya dapat memanfaatkan kefahaman ini,” kata Anwar.

Allahyarham Siddiq yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) meninggal dunia pada 31 Ogos 2021.

Selain pernah diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi 2018, Allahyarham juga dilantik Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia dan Pengerusi Institut Darul Ehsan. - BERNAMA

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok