WhatsApp Image 2021-11-29 at 3.39.24 PM
WhatsApp Image 2021-11-29 at 3.39.24 PM

PICK-R daerah Klang capai sasaran, 72,185 pelajar lengkap dua dos vaksin

Adlan Farhan Azwan
29 Nov 2021 03:46pm
A
A
A

KLANG - Seramai 72,185 pelajar di daerah Klang berjaya menerima dua dos vaksin Covid-19 secara berperingkat menerusi pelaksanaan Program Vaksinasi PICK-R Daerah Klang 2021, baru-baru ini.

Pengarah Pendidikan Selangor, Anismah M Noh berkata, jumlah tersebut adalah kejayaan besar buat semua pihak.

“Banyak cabaran yang harus dilalui dalam memastikan program tersebut berjalan lancar, antaranya isu makan minum sukarelawan, fasiliti, isu petugas barisan hadapan dan sebagainya.

“Namun alhamdullilah, semuanya dapat diatasi dengan kerjasama pihak-pihak berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penghargaan dan Penutup Program Vaksinasi PICK-R Daerah Klang 2021 di Bayu Galaxy Ballroom, Klang, pada Jumaat.

BACA JUGA: MSU terlibat vaksin PICK Remaja, PPV Dewan Canselor MSU jadi pusat pemberian vaksin untuk pelajar

BACA JUGA: Tular keluhan mengenai layanan terhadap guru enggan vaksin, Dr Maszlee mohon KPM jalankan siasatan

Program anjuran Kumpulan Penggerak Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti Dan Sektor Swasta Daerah Klang (KPPIBKS) bertujuan memberi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program tersebut bermula 23 September hingga 3 November lalu.

Dalam pada itu, Anismah turut menzahirkan penghargaan kepada Yang Dipertua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Unjur, Datuk Maslan Paiman selaku Penyeleras Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang telah menerima bilangan pelajar lebih ramai berbanding PPV yang lain.

Perasmian disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Selangor, Anismah M Noh

“Alhamdulillah dengan adanya permuafakatan terutama daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah di Klang, pelaksanaan program ini telah dapat diteruskan dengan jayanya,” katanya.

Sementara itu, Focal Person KPPIBKS, Rohana Hamid mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang turut berganding bahu dalam program berkenaan.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

“Kejayaan program ini membuktikan kesungguhan dan kerjasama yang baik antara PIBG sekolah daerah Klang dan KPPIBKS.

“Usaha ini juga merupakan permulaan bagi merealisasikan program-program pada masa akan datang,” katanya yang juga YDP PIBG merangkap Guru SMK Dato’ Hamzah, Klang.

Terdahulu, daerah Klang menjadi daerah terawal yang telah menyelesaikan program vaksinasi pelajar.

Empat buah sekolah telah dijadikan sebagai PPV untuk kumpulan pelajar menerima vaksin.

Sekolah-sekolah berkenaan adalah SMK Batu Unjur, SMK Tinggi Klang, SMK Meru dan SMAT Sultan Hisamuddin.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok