msuportal
msuportal

MSU terlibat vaksin PICK Remaja, PPV Dewan Canselor MSU jadi pusat pemberian vaksin untuk pelajar

Mariatul Qatiah Zakaria
29 Sep 2021 07:04pm
A
A
A

Management and Science University (MSU) terus memainkan peranan penting  bersama-sama kerajaan dalam menangani penularan pandemik Covid-19 di Malaysia apabila menjadi pusat pemberian vaksin (PPV)  bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja.

Program berkenaan melibatkan pemberian vaksin kepada 45,000 pelajar sekolah menengah bagi daerah Petaling Utama dan Petaling Perdana yang diadakan secara berperingkat mulai 20 September yang lalu.

PPV Dewan Canselor MSU berperanan untuk membantu Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dalam pemberian vaksin jenis Pfizer-BioNTech kepada pelajar 16 dan 17 tahun, bermula dengan sekolah-sekolah bagi kawasan Petaling Utama.

PICK Remaja ini  akan menyaksikan lebih 2,500 pelajar terbabit dalam sehari serta akan mengambil masa enam minggu.

Pemberian vaksin kepada pelajar sekolah ini adalah kesinambungan pemberian vaksin melalui inisiatif komprehensif “Partnership for Covid Elimination” (PaCE) dan Pusat Perubatan MSU (MSUMC) sebelum ini.

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (berdiri, pertama dari kiri) dan Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid memerhatikan proses pemberian vaksin kepada pelajar sekolah di PPV Dewan Canselor MSU.

Secara keseluruhan, inisiatif komprehensif “Partnership for Covid Elimination” (PaCE)  melibatkan perlaksanaan lima komponen utama program iaitu kempen kesedaran kepentingan vaksinasi dalam memutuskan rantaian pandemik Covid-19 dan mengurangkan kadar kematian.

Kempen ini merangkumi komponen siri perkongsian maklumat menerusi platfom webinar dan YouTube Live oleh barisan pakar kesihatan awam seperti Profesor Datuk Dr Rohaizat Yon dan Datuk Dr Christopher Lee yang terlibat secara langsung dalam strategi menangani penularan pandemik Covid-19 di Malaysia.

Sementara bagi komponen kedua, selaku PPV kepada ProtectHealth, Pusat Kesihatan Daerah (PKD), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Komponen ketiga pula melibatkan penajaan syarikat korporat dalam menampung kos vaksinasi dan aktiviti kesukarelawan.

Komponen keempat pula ialah penglibatan warga MSU dan MSUC dalam aktiviti kesukarelawan melalui MSU Cares khusus kepada komuniti kumpulan B40 di sekitar Lembah Klang selaras dengan inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Bagi komponen kelima, ia melibatkan pembabitan para penyelidik dan pelajar MSU dalam penyelidikan perubatan dan klinikal berkenaan Covid-19 dengan sokongan geran penyelidikan oleh Centre of Excellence di MSU.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok