PLKN 3.0 akan disertai pelajar Tingkatan Empat sebagai persediaan mengikuti latihan lanjutan selepas usia 17 tahun.
PLKN 3.0 akan disertai pelajar Tingkatan Empat sebagai persediaan mengikuti latihan lanjutan selepas usia 17 tahun.

PLKN 3.0 dijangka mula Jun atau Julai 2025

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
10 Jul 2024 04:42pm

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dijangka bermula Jun atau Julai 2025 sekali gus dikenali sebagai pra-PLKN.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, PLKN 3.0 akan disertai pelajar Tingkatan Empat dalam kokurikulum di sekolah sebagai persediaan mengikuti latihan lanjutan selepas usia 17 tahun.

Manakala PLKN asas pula membabitkan remaja berusia 17 tahun ke atas yang akan dipilih menjalani latihan selama 45 hari di 13 kem wataniah, 20 universiti awam dan beberapa politeknik serta dijangka akan dimulakan April 2026.

Mengulas lanjut, Khaled berkata, latihan PLKN 3.0 meliputi 30 peratus latihan asas kenegaraan membabitkan elemen jati diri, cinta negara dan perpaduan.

70 peratus lagi adalah latihan asas ketenteraan yang memfokuskan kepada disiplin ketenteraan, ketetapan masa dan mandiri

Beliau berkata demikian dalam Dewan Rakyat sebagai menjawab soalan Zahari Kechik (PN-Jeli) berhubung status terkini pelaksanaan semula PLKN.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp