pmm2
pmm2

Politeknik Merlimau salur bantuan kepada mangsa banjir

Nor Azma  Muhamat Laila
27 Dec 2021 07:07pm
A
A
A

JASIN - Politeknik Merlimau Melaka (PMM) turut prihatin terhadap mangsa banjir dengan mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di sekitar Bukit Changgang dan Labohan Dagang, Selangor.

Sumbangan diperoleh daripada warga PMM, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PMM, Zan Aizuwan Zainal Abidin berkata, pasukan sukarelawan PMM berlepas dengan kekuatan 80 orang menggunakan dua bas, dua lori, empat kenderaan 4x4 serta dua kenderaan MPV yang membawa barangan makanan dan barangan kering untuk disampaikan kepada mangsa banjir.

“Program ini melibatkan sukarelawan yang terdiri daripada pensyarah, pelajar dan staf PMM. Pengarah PMM, Mohd Hatta Zainal pula hadir bagi melancarkan misi bertempat di lobi Pusat Sukan PMM,” katanya.

Kempen bagi mendapatkan barangan sumbangan bantuan banjir ini telah dilancarkan oleh Pasukan Polytechnic Social Responsiblity (PSR) PMM bermula 21 Disember lalu.

Tambah Zan Aizuwan lagi, antara barangan yang digalakkan sebagai sumbangan ialah baju terpakai baharu, toto, tilam, susu, lampin pakai buang bayi, makanan kering atau apa sahaja barangan yang ingin disumbangkan.

“Selepas selesai misi bantuan ke Selangor, kami akan bergerak pula ke Pahang bagi meneruskan bantuan,” jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok