haim hilman
haim hilman

Profesor Dr Haim Hilman, Naib Canselor baharu UUM

Nor Azma  Muhamat LailaNor Azma  Muhamat Laila
19 Jan 2022 03:27pm

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Haim Hilman Abdullah dilantik sebagai Naib Canselor UUM yang baharu berkuat kuasa mulai 17 Januari lalu.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Datuk Dr Husaini Omar berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) percaya segala pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki Hail Hilman mampu menggalas tanggungjawab berkenaan.

“Beliau juga mampu meneruskan kesinambungan UUM sebagai pusat kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, penerbitan serta perundingan yang terkemuka dalam bidang pengurusan di dalam dan luar negara.

“Kementerian juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani atas segala sumbangan dan kepimpinan beliau menerajui UUM selama tiga tahun sejak 2018,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu.

Haim Hilman, 49, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Portsmouth, United Kingdom.

Beliau juga memperoleh Ijazah Kedoktoran Pengurusan Strategik pada 2010 dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp