061221-buletin pmm
061221-buletin pmm

Program pementoran PMM pacu kecemerlangan jangka panjang

webadmin
21 Dec 2021 01:34pm
A
A
A

MERLIMAU - Politeknik Merlimau Melaka (PMM) menerusi Unit Pengurusan Psikologi telah melaksanakan Program Pementoran Perkhidmatan Awam Bagi Tahun 2021 yang melibatkan seramai 13 orang pegawai sejak enam bulan lalu.

Menurut Timbalan Pengarah (Akademik) PMM, Mohamad Kelana Juwit, program tersebut telah bermula pada 2 April dan berakhir pada pertengahan November baru-baru ini.

“Program Pementoran bagi tahun ini telah melibatkan seramai enam orang mentor iaitu Haniza Baharom (Ketua Jabatan Perdagangan), Azuan Alias (pensyarah), Rozer Masudin (Pegawai Perhubungan Awam), Mohd Johari Md Jali (Penolong Jurutera), Mohd Salim Mohd Tani (Kerani) dan Siti Mainunah Mohd Zain (pembantu operasi).

“Kesemua mereka membantu para menti dalam pembangunan bakat dan personaliti sebagai penjawat awam,” katanya.

Tambah beliau lagi, menti pula melibatkan tujuh orang yang terdiri daripada staf baru berpindah untuk bertugas di PMM.

“Pada saya program ini amat bermanfaat untuk diteruskan lagi pada masa akan datang kerana kebaikan yang diperoleh secara tidak langsung memberi nilai tambah terhadap prestasi dan budaya kerja yang cemerlang terutama membabitkan lantikan baharu mahupun yang bertukar ke PMM.

“Dengan kata lain, untuk jangka masa panjang, program pementoran ini akan menjadi satu platform yang membudayakan sikap pembelajaran secara berterusan dalam organisasi selain pendekatan membimbing pegawai dalam peningkatan prestasi kerjaya dan psikososial.

“Ia juga membantu meningkatkan kemahiran dalam aspek profesional, budaya kerja kelas pertama, serta meningkatkan imej dan reputasi pegawai sekali gus dapat mengangkat imej PMM ke tahap yang lebih tinggi,” ujarnya.

Sementara itu, Siti Fadia Sheikh Hassan yang merupakan Ketua Unit Pengurusan Psikologi berkata, program pementoran ini bertujuan berkongsi ilmu sesama mentor menti dalam pembangunan kerjaya sebagai penjawat awam.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok