272154649_479456963551448_7819048315906626450_n
272154649_479456963551448_7819048315906626450_n

Proses tender naik taraf fasiliti sekolah di Miri selewat-lewatnya Februari ini - Radzi

webadmin
23 Jan 2022 04:34pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Proses tender bagi pembinaan bangunan dan menaik taraf fasiliti Sekolah Kebangsaan (SK) Long Bemang di Miri, Sarawak akan dibuat selewat-lewatnya Februari ini, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di laman Facebook rasminya pada Sabtu selepas menerima laporan mengenai murid Tahun Dua yang terjatuh dari beranda sekolah itu kerana kayu penghadang telah reput.

Baca juga “Siasatan mendapati gambar itu bukan makanan RMT” – Radzi

Baca juga Tular isu makanan RMT, Radzi arahkan KPM jalankan siasatan

“Sebagai tindakan segera, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah menyediakan sejumlah peruntukan bagi pelaksanaan kerja-kerja menggantikan kayu penghadang koridor dan pembaikan kecil lain di sekolah tersebut yang kini giat dilaksanakan dan sebahagiannya telah siap.

“Kementerian Pendidikan akan memastikan pelaksanaan projek penggantian di sekolah itu berjalan lancar dan proses pelantikan kontraktor selepas tender dibuka kelak dimuktamadkan secepat mungkin,” menurut hantaran itu.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Radzi berkata, pelaksanaan proses itu adalah bagi membolehkan fasiliti yang lebih kondusif dan selamat disediakan untuk warga sekolah.

Katanya, sekolah itu sudah dimasukkan dalam senarai projek pembangunan atau penyelenggaraan bangunan daif di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Seorang pelajar perempuan berusia sembilan tahun dilaporkan cedera selepas terjatuh dari beranda sekolah itu pada Rabu lepas. - BERNAMA

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok