271877570_478186440345167_2542667741581303552_n
271877570_478186440345167_2542667741581303552_n

“Siasatan mendapati gambar itu bukan makanan RMT” - Radzi

Adlan Farhan Azwan
20 Jan 2022 06:23pm
A
A
A

PUTRAJAYA - Setelah siasatan dijalankan, hasil mendapati gambar makanan yang menunjukkan nasi putih dan kuah itu bukan makanan untuk penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, beliau telah menerima maklum balas bagi perkongsian mengenai gambar yang didakwa sebagai makanan untuk murid di bawah program RMT.

“Wakil KPM telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pemilik Facebook berkenaan.

Baca juga Tular isu makanan RMT, Radzi arahkan KPM jalankan siasatan

Baca juga RMT perlu diperluas ke sekolah menengah bantu pelajar kurang berkemampuan bersarapan

“Siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah.

“Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja,” jelas beliau dalam satu hantaran yang dibuat melalui laman Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga sempat mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak berhubung perkara ini.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

“KPM sentiasa berusaha menambahbaik program RMT, termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima RMT.

Buat masa ini, pemberian susu kepada murid RMT telah ditambah daripada 2 kali seminggu kepada setiap hari persekolahan mulai tahun 2021,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial seorang pengguna laman Facebook mendakwa pelajar penerima RMT hanya menerima nasi putih dan kuah sahaja di sekolah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok