Untitled
Untitled

Rina Harun sertai operasi pasca bencana di SK Salak

Nor Azma  Muhamat Laila
26 Dec 2021 03:46pm
A
A
A

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun turun padang bagi menyertai operasi pasca bencana di Sekolah Kebangsaan Salak, Salak Tinggi, hari ini.

Rina membuat perkongsian mengenai gerak kerja itu menerusi instagramnya.

"Gerak kerja hari Ahad saya dimulakan dengan turun ke Sekolah Kebangsaan Salak, Salak Tinggi menyertai operasi pasca bencana bagi membersihkan serta menyusun atur kembali sekolah ini yang sebelumnya dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

"Alhamdulillah, semua keluarga sudah kembali ke kediaman masing-masing selepas banjir surut," ujarnya.

Beliau turut berbangga dengan semangat para sukarelawan dan tenaga kerja seluruh agensi di bawah KPWKM yang mengerah keringat bagi memastikan sekolah ini dapat beroperasi seperti biasa apabila sesi pembelajaran bermula nanti.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok