Perasmian naik taraf sekolah kepada maahad di Kelantan.
Perasmian naik taraf sekolah kepada maahad di Kelantan.

RM2 juta bajet naik taraf sekolah agama di Kelantan

Rasyidah Zulkifi
15 Mar 2022 05:57pm
A
A
A

Sekolah Menengah Ugama (A) Tarbiah Mardhiah Panchor kini telah dinaik taraf kepada Maahad Tarbiah Mardhiah, semalam.

Keputusan itu dibuat bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan lagi imej sekolah-sekolah agama di Kelantan, di samping menyediakan prasarana pendidikan yang lebih kondusif kepada pelajar dan guru.

Baca juga

“Tidak perlu persoalkan kepentingan subjek Pendidikan Islam di sekolah” – Alimuddin

Mahu lanjutkan pengajian dalam aliran agama, ini senarai SMKA yang jadi pilihan ramai

Pengisytiharan tersebut telah disempurnakan Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Menurut beliau, kerajaan bertanggungjawab menyediakan kemudahan pendidikan kepada rakyatnya.

“Tanggungjawab pelajar adalah mewarisi keilmuan dengan mencerna keunggulan sahsiah dalam bermasyarakat dan bernegara.

Perasmian naik taraf sekolah kepada maahad di Kelantan.

 

“Sebagaimana ulama terdahulu berjaya melahirkan golongan cendekiawan, maka, tugas kita semua pada hari ini adalah mencorak generasi yang akan datang.

“Pembinaan generasi ilmu pada hari inilah yang akan menentukan keampuhan masyarakat menangani cabaran globalisasi yang lebih berbahaya,” katanya.

Difahamkan, peruntukan sebanyak RM2 juta telah diberikan bagi menyiapkan projek pembinaan bangunan akademik tiga tingkat sekolah kerajaan tersebut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Turut hadir, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Engku Rajhan Engku Ismail, ADUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood, Pengetua SMU (A) Tarbiah Mardhiah Najmuddin Abdullah, ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, wakil-wakil agensi, dan wakil dari Pusat Khidmat DUN Panchor.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok