1346626
1346626

“Tidak perlu persoalkan kepentingan subjek Pendidikan Islam di sekolah” - Alimuddin

Adlan Farhan Azwan
13 Jan 2022 04:53pm
A
A
A

Baru-baru ini, subjek Pendidikan Islam menjadi bualan hangat di laman Twitter. Isu ini bermula apabila terdapat seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan kepentingan subjek Pendidikan Islam yang meliputi hampir lima jam sesi pengajaran dalam seminggu.

Mengulas tentang isu ini, Tokoh Pendidikan Negara, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, subjek Pendidikan Islam yang diwajibkan bagi semua pelajar beragama Islam adalah salah satu daripada aspek penting dalam kemenjadian sahsiah pelajar.

“Subjek Pendidikan Islam juga merupakan salah satu aspek penting bagi memastikan sistem pendidikan di negara ini seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

“Kesemua silibus mata pelajaran di sekolah rendah mahupun menengah sudah dikaji oleh pakar pendidikan dan segala penelitian sudah dilakukan sebelum memperkenalkan subjek tersebut kepada sistem pendidikan di sekolah.

“Sememangnya saya tidak bersetuju jika Pendidikan Islam dimansuhkan atau diketepikan hanya kerana atas alasan memberi ruang masa yang lebih kepada subjek-subjek teras yang lain,” katanya.

Baca juga Tip cemerlang skor markah subjek Pendidikan Islam, pelajar Tingkatan 1 hingga 3 kena hadam perkongsian ini

Baca juga Kerajaan tidak pernah lepas tangan isu institusi Pendidikan Islam

Alimudin ketika dihubungi GPSBestari turut memberitahu bahawa jika terdapat subjek yang ada dalam sistem pendidikan di negara ini yang memberi kesan buruk terhadap kemenjadian murid, sudah tentu subjek tersebut tidak akan diperkenalkan pada awalnya.

Sementara itu, Alimuddin berkata, konsep JERI adalah singkatan kepada Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek dan ia adalah panduan yang terbaik buat masa kini bagi mencapai hasrat yang terkandung di dalam FPK.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

“Sebagai contoh, jika pelajar tersebut menjadi seorang doktor pada masa hadapan, hasrat FPK adalah supaya doktor yang dilahirkan itu seorang yang bertanggungjawab, amanah, prihatin terhadap pesakit dan mempunyai sifat empati dalam diri.

“Alam persekolahan terutamanya sekolah rendah adalah tempoh amat penting untuk para ibu bapa dan pendidik untuk menanam nila-nilai murni dalam diri murid-murid kerana mereka sangat mudah menyerap segala ilmu dan pengetahuan yang disediakan.

“Pesanan saya, jika terdapat mana-mana ibu bapa mahupun individu yang mempersoalkan kepentingan Pendidikan Islam di sekolah, boleh rujuk dan ajukan soalan kepada sekolah tersebut untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Alimudin tidak mahu pelajar tertekan dengan sebarang bebanan daripada pihak sekolah atau ibu bapa yang mana hanya memudaratkan pelajar tersebut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok