Fadhlina
Fadhlina

Sabah sentiasa dapat perhatian isu sekolah daif

ASYIKIN ASMIN
19 Apr 2024 03:57pm
A
A
A

Isu sekolah daif di Sabah sentiasa mendapat perhatian daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di mana setakat ini sebanyak 218 sekolah telah selesai dinaik taraf atau dibaiki manakala 60 projek lagi masih dalam proses pembinaan.

Secara keseluruhannya terdapat 338 sekolah daif direkodkan di Sabah yang melibatkan peruntukan lebih RM3 bilion.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, setakat ini kerja-kerja penambahbaikan atau menaik taraf sedang dilaksanakan membabitkan sekolah-sekolah daif di sekolah.

"Kita ada 338 sekolah daif yang sedang kita naik taraf dan melibatkan keperluan sekitar lebih RM3 bilion.

"Jadi kita harap semua yang kita rancang disegerakan khususnya untuk menambah baik pendidikan anak-anak supaya mereka dapat belajar dalam suasana yang kondusif," katanya kepada pemberita dalam lawatan kerjanya ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan, Kota Kinabalu, Sabah, pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya perkembangan semasa jumlah terkini sekolah daif di Sabah.

Ditanya mengenai projek sakit di bawah KPM termasuk kuarters guru, beliau memaklumkan ia juga sedang dalam tindakan kementerian.

"Itu pun sudah dalam tindakan, kita sedang lihat sama ada dirobohkan atau ditambah baik. Kalau ada permintaan untuk digunakan, maka kita baiki.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi kalau memang rosak, terpaksa dirobohkan untuk diteruskan projek lain. Peruntukan untuk membaiki kuarters adalah sebanyak RM13 juta," jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok