Emran (tujuh dari kiri) dan Nasir (tujuh dari kanan) bersama barisan penaja selepas Majlis Penyerahan Tajaan Kejohanan Bola Sepak Piala Raja Muda Selangor dan Piala Datuk Mokhtar Dahari 2025 di Kumpulan Karangkraf pada Rabu. Foto: Asril Aswandi Abd Shukor
Emran (tujuh dari kiri) dan Nasir (tujuh dari kanan) bersama barisan penaja selepas Majlis Penyerahan Tajaan Kejohanan Bola Sepak Piala Raja Muda Selangor dan Piala Datuk Mokhtar Dahari 2025 di Kumpulan Karangkraf pada Rabu. Foto: Asril Aswandi Abd Shukor

Saingan berkualiti tinggi kembali

ZURAIMEE ZAINALZURAIMEE ZAINAL
22 May 2025 01:36pm

Pasukan musim baharu Kejohanan Bola Sepak Piala Raja Muda Selangor dan Piala Datuk Mokhtar Dahari 2025 dijangka terus menampilkan saingan berkualiti tinggi dalam merebut kejuaraan pembangunan bola sepak akar umbi negeri Selangor berkenaan.

Pengarah teknikal kejohanan, Jailani Abdul, memaklumkan bahawa beberapa pasukan luar daripada daerah Petaling Utama dan Petaling Perdana musim lalu menunjukkan prestasi memberangsangkan serta berpotensi mencabar pasukan gergasi yang sering mendominasi kejohanan tahunan ini.

"Dalam kategori bawah 18 tahun edisi 2024, kita dapat saksikan kemunculan beberapa pasukan baharu yang berjaya mara ke kelompok empat terbaik, antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya yang dihentikan kemaraan SMK Shah Alam, selain SMK Bukit Jelutong yang berjaya menyaingi SMK Dato' Harun.

"Bagi kategori bawah 15 tahun pula, SMK Bukit Kapar dan SMK Jalan Tiga menonjol apabila turut layak ke separuh akhir, sebelum disekat oleh dua pasukan pilihan - SMK Shah Alam dan SMK Tinggi Kajang," kata Jailani.

Jailani berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Tajaan Kejohanan Bola Sepak Piala Raja Muda Selangor dan Piala Datuk Mokhtar Dahari 2025 di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Rabu.

Pengurus Besar Korporat juga Setiausaha syarikat PNSB, Mohamad Nizam Yaacob (kiri) menyerahkan mock up penajaan kepada Emran.
Pengurus Besar Korporat juga Setiausaha syarikat PNSB, Mohamad Nizam Yaacob (kiri) menyerahkan mock up penajaan kepada Emran.

Tambah beliau lagi, antara pencapaian paling mencuri tumpuan ialah dalam kategori bawah 12 tahun menerusi Kejohanan Piala Raja Muda Selangor, yang buat pertama kali dibuka penyertaannya kepada pasukan luar daerah Petaling.

"Penyertaan pasukan seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana dan SK TUDM Subang, selain SK Bandar Baharu Selayang 2 memberi nafas baharu kepada kejohanan ini apabila kedua-duanya mara ke kelompok empat terbaik biarpun kejuaraan milik pasukan pilihan SK Seksyen 20," katanya.

Artikel Berkaitan:

Hadir pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Induk Kejohanan, Datuk Emran Kadir; Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Yusaini Salleh, Penolong Pengurus Jabatan Hubungan Pelabur, Kelestarian dan Komunikasi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS), Mohamad Farhan Mohd Zain; Pengurus Besar Korporat juga Setiausaha Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Mohamad Nizam Yaacob; Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Hadir sama Penolong Pengurus Pemasaran Sukan MILO Malaysia, Sheena Ayesha Dina Rizal; Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya, Mohd Zulkarnain Che Ali; Pengarah Pembangunan Komuniti Jabatan Pembangunan Komuniti Majlis Bandaraya Shah Alam, Shahrin Ahmad; Timbalan Pengarah Pembangunan Masyarakat Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Ku Mustafa Ku Mohamad; Pengurus Aiman Platinum Sdn Bhd Aiman Firdaus Tan Abdullah, Pengarah Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Kuala Selangor, T Puspanath.

Sebagai rekod, Sinar Harian merupakan media rasmi kejohanan.

No Image Caption

Sementara itu, Emran berkata kejohanan melibatkan masing-masing 32 pasukan bagi Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18, B-15 dan B-12 bagi Piala Raja Muda Selangor

Tambah, Emran, kejohanan tahunan itu mengikut jadual disusun Jabatan Pendidikan Selangor, supaya tidak mengganggu pembelajaran peserta khususnya mereka yang akan menduduki peperiksaan.

Jelasnya lagi, setiap pasukan juga diberikan tajaan untuk menampung perbelanjaan pengangkutan, jersi dan keperluan lain.

INFO

  • Sebanyak 96 sekolah rendah dan menengah seluruh Selangor akan menyertai Kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari dan Piala Raja Muda Selangor 2025 yang dijadualkan berlangsung pada Oktober.
  • Kejuaraan melibatkan masing-masing 32 pasukan bagi Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18, B-15 dan B-12 tahun untuk Piala Raja Muda Selangor

PIALA DATUK MOKHTAR DAHARI B-18

- Kejohanan yang mula dipertandingkan pada 2015 mendapat penajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) dengan jumlah tajaan bernilai RM125,000.

Juara: RM10,000

Naib Juara: RM7,000

Ketiga: RM5,000

Keempat: RM3,000

PIALA DATUK MOKHTAR DAHARI B-15

- Kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 tahun mula diperkenalkan pada 2016 mendapat penajaan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan jumlah tajaan bernilai RM100,000.

Juara: RM8,000

Naib juara: RM6,000

Tempat ketiga: RM4,000

Tempat keempat: RM2,000

PIALA RAJA MUDA SELANGOR B-12

- Kejohanan mula dipertandingkan pada 1988, ilham Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semasa baginda bergelar Raja Muda hanya membabitkan sekolah sekolah di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebelum diperluaskan ke peringkat Daerah Petaling.

- Edisi 2024 kejohanan dikembangkan lagi ke seluruh Selangor setelah mendapat perkenan Sultan Sharafuddin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, juga mendapat penajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) pada tahun 2014 hingga kini.

Juara: RM5,000

Naib juara RM4,000

Ketiga: RM3,000

Keempat: RM2,000

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp