Fadhlina Sidek
Fadhlina Sidek

Sarawak terima guru baharu paling tinggi tahun ini – KPM

12 Dec 2024 12:37pm

Sarawak merupakan antara negeri tertinggi yang menerima guru baharu tahun ini dengan seramai 1,697 orang daripada keseluruhan 13,749 guru lantikan tetap dan kontrak bagi sekolah rendah serta menengah di seluruh negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, penempatan guru baharu itu membabitkan hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha mengatasi masalah kekurangan guru di negeri tersebut.

Jelas beliau, khusus bagi menangani isu kekurangan guru di Sarawak juga, SPP telah bersetuju dengan cadangan KPM untuk melaksanakan inisiatif Pengambilan Khas Sarawak Tahun 2024.

Terkini, ujar beliau, SPP juga telah mengumumkan keputusan temu duga Urusan Pengambilan Guru tahun 2024 (pasaran terbuka) dan Pengambilan Khas Sarawak pada 11 Disember lalu.

“Seramai 7,645 calon telah berjaya ditawarkan pelantikan oleh SPP dalam kedua-dua urusan pengambilan ini yang mana seramai 1,372 calon adalah bagi penempatan di Sarawak. KPM akan membuat penempatan ke sekolah bagi mengisi kekosongan sedia ada.

“Atas usaha itu, KPM telah berjaya meningkatkan peratus pengisian guru di Sarawak kepada 98.06 peratus,” katanya ketika sesi pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Fadhlina menjawab soalan Chiew Choon Man mengenai langkah-langkah yang diambil oleh KPM untuk mengatasi masalah kekurangan guru di Sarawak yang berlarutan sejak sekian lama.

Sementara itu, kepada soalan tambahan Choo Man pendirian kerajaan untuk menyerap guru, sementara atau guru sandaran sebagai guru tetap, Fadhlina berkata, urusan pengambilan guru baharu terletak di bawah bidang kuasa SPP selaku pihak berkuasa yang melantik.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, guru sementara atau guru sandaran yang berminat untuk menjadi guru tetap di bawah KPM perlu mengisi mengisi permohonan menerusi portal https://myspp.spp.gov.my.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp