Anwar membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Anwar membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.

Belanjawan 2025: KPM terima peruntukan tertinggi dalam sejarah, RM64.1 bilion

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
18 Oct 2024 06:05pm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus menerima peruntukan tertinggi iaitu berjumlah RM64.1 bilion ketimbang RM58.7 bilion sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat berkata, peruntukan diberikan itu adalah untuk memastikan ruangan pembelajaran yang selesa, selamat dan bermakna untuk anak-anak menimba ilmu.

Menerusi peruntukan itu, Anwar telah menyenaraikan beberapa perkara membabitkan RM64.1 bilion.

1) RM2 bilion disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara.

2) RM1 bilion ringgit khusus untuk menyelenggara semua jenis sekolah terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur: Ini termasuklah di sekolah kebangsaan, sekolah cina, sekolah tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas orang kurang upaya (OKU).

3) RM1 bilion menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah terutamanya di Sabah dan Sarawak.

4) Sebanyak 44 sekolah baharu mula dibina tahun hadapan antaranya:

Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Putra Indah, Batu Pahat, Johor

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Seri Putra (2), Hulu Langat, Selangor

SMK Lok Kawi, Putatan, Sabah

SMK Semeling, Sungai Petani, Kedah

SK Dudong, Sibu, Sarawak

Bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman, Anwar berkata, kerajaan bersetuju melaksanakan Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke Sekolah-sekolah Luar Bandar dengan peruntukan RM100 juta.

Projek Point of Presence (POP) sedia ada juga diteruskan dengan peruntukan lebih RM800 juta.

"Alhamdulillah, berkat kesungguhan semua, kita berjaya membaik pulih tandas lebih 8,300 sekolah dalam masa singkat.

"Tumpuan seterusnya adalah untuk membaik pulih kemudahan lain seperti kantin dan musolla dengan peruntukan RM100 juta.

"Kemudahan lain seperti dewan juga dinaik taraf melalui komitmen badan swasta dan syarikat kerajaan. Saya menyeru supaya badan swasta, alumni dan dermawan untuk mengambil tanggungjawab korporat menyumbang ke arah persekitaran sekolah anak-anak yang selesa," katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp